KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York, AS pada Khamis.
"Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk berkongsi Kerangka Ekonomi MADANI yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) yang akan menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara.
"Saya juga hargai maklum balas positif dan input-input membina yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat ini," katanya menerusi catatan di laman sosial media Facebook.
Anwar yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 berkata AS ialah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak 2015.
Dari segi pelaburan dalam sektor pembuatan, Malaysia menerima pelaburan langsung asing (FDI) dari AS bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dengan nilai berjumlah RM1.84 bilion (AS$395 juta) dan pelaburan ini telah menyumbang sebanyak 1,558 peluang pekerjaan.
"Semoga Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada syarikat-syarikat gergasi Amerika," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peranan majlis dan dewan perniagaan seperti Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (USCC) sebagai medium antara kerajaan dan komuniti perniagaan merupakan pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif kerajaan yang akhirnya bermanfaat untuk rakyat. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
![PM Anwar bertemu 15 syarikat terkemuka di Amerika, kongsi kerangka ekonomi MADANI PM Anwar bertemu 15 syarikat terkemuka di Amerika, kongsi kerangka ekonomi MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695331850_TBANWARNY.jpg)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 di Harvard Club, New York, AS pada Khamis. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
![Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738703270_UzbekistanShavkatM.jpg)
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
![Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738619747_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
![Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738622285_TBShavkatMirziyoyev.jpg)
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
![Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737558279_GazaPalestineHam.jpg)
Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.
![Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738342115_TBGAZA.jpg)
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
![PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738292491_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
![Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738205695_tbsumbangan.jpg)
Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.
![Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737866591_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
![PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737392137_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.