SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat dakwaan seorang pelajar bahawa berlaku kes perkauman di sebuah sekolah.
Menurut Anwar, beliau menerima aduan daripada seorang pelajar yang mendakwa gurunya bersikap rasis selain dia turut dibuli rakan sebaya.
Ujarnya, pelajar itu menulis surat kepada beliau agar masalah berkenaan dapat segera diselesaikan.
“Terima kasih anakanda. Saya akan mohon KPM yang kini dikepalai Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera,” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
PANTAU KERAJAAN BAHARU DI SINI!
Hantaran itu yang kemudiannya dipadamkan, mendapat pelbagai respons daripada pengguna media sosial berkenaan.
Seorang pengguna Facebook bernama Saravanan Subramaniam menzahirkan rasa kagum terhadap Perdana Menteri yang masih sempat menjawab surat pelajar itu.
“Dengan kerja yang begitu banyak, Anwar masih sempat menjawab surat anak muda, awak memang terbaik,” jelasnya di ruangan komen.
Sementara itu, pemilik akaun bernama Nazri Yusof Aie memohon supaya isu perkauman dalam kalangan pelajar di sekolah rendah dan menengah ditangani dengan serius.
“Mohon Anwar ambil serius perkara membuli dan rasis dalam kalangan pelajar di peringkat rendah dan menengah supaya anak bangsa dapat belajar dengan baik demi negara Malaysia tercinta,” tambahnya.
Bagaimanapun, hantaran Facebook Anwar itu dipadam selepas beberapa minit kemudian. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 11 2022
Seorang pengguna Facebook bernama Saravanan Subramaniam menzahirkan rasa kagum terhadap Perdana Menteri yang masih sempat menjawab surat pelajar itu. - Sinar Harian
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
PM Anwar saran Pakistan manfaatkan Malaysia sebagai pintu gerbang ASEAN
Anwar mengetengahkan peranan strategik Malaysia sebagai pintu gerbang untuk Pakistan mendapat akses terhadap peluang ekonomi rantau ASEAN.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).