NANNING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Li Qiang sempena lawatan beliau ke Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China, esok.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengadakan lawatan kerja ke bandar raya ini esok bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 atas undangan Li.
Konsul Jeneral di Nanning Ahmad Phadil Ismail berkata kedua-dua pemimpin akan bertemu buat kali kedua tahun ini selepas lawatan sulung Anwar ke China pada Mac lepas.
"Mesyuarat dua hala itu akan membolehkan kedua-dua pemimpin membuat susulan berhubung perbincangan terakhir mereka," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi libat urus bersama gergasi korporat China selepas bertemu Li.
Pada Mac lepas, Anwar telah mengadakan lawatan sulung ke China di mana beliau berkunjung ke Beijing dan Hainan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022 yang menyaksikan Malaysia berjaya memperoleh komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion dari negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Ahmad Phadil juga berkata semasa lawatan kerja sehari ke Nanning itu, Anwar dijadual berucap pada majlis perasmian CAEXPO dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bersama Li serta pemimpin ASEAN lain termasuk dari Vietnam, Laos dan Vietnam.
Perdana Menteri juga akan merasmikan Astaka Malaysia di CAEXPO.
Sementara itu, Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan semasa pertemuan kedua-dua pemimpin, Anwar dan Li akan membincangkan hubungan dua hala Malaysia-China selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Menurut kenyataan itu, Li juga akan menganjurkan majlis jamuan tengah hari bagi meraikan Perdana Menteri.
CAEXPO adalah antara pameran antarabangsa terbesar anjuran bersama China dan ASEAN yang berfungsi sebagai platform penting untuk ahli perniagaan serta perusahaan dari rantau ASEAN dan China bagi meneroka sinergi perniagaan selain mempromosi produk keluaran mereka dalam kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia.
Menurut kenyataan itu, Malaysia telah menyertai ekspo tersebut sejak kewujudannya pada 2004.
Kenyataan itu menyebut pada tahun ini, sebanyak 107 syarikat Malaysia daripada pelbagai sektor akan menyertai expo itu di bawah Astaka Malaysia yang diselaras oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri akan diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin serta para pegawai kanan kerajaan.
China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia sejak 2009 dan pada 2022, nilai dagangan di antara Malaysia dan China adalah 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan global Malaysia bernilai RM2.8 trilion.
Jumlah nilai dagangan di antara kedua-dua negara pada 2022 ialah RM487.13 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Tahun ini adalah ulang tahun ke-10 penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik mereka tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Konsul Jeneral di Nanning Ahmad Phadil Ismail berkata kedua-dua pemimpin akan bertemu buat kali kedua tahun ini selepas lawatan sulung Anwar ke China pada Mac lepas. - Foto Bernama
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
KPDN Perak rekod 13 kes tidak patuhi SHMMP sepanjang tahun ini
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan 13 kes pelanggaran di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini.
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Petronas syarikat nasional, bukan Semenanjung - PM Anwar
Anwar berkata adalah penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
Anwar yakin menang jika PRU diadakan lebih awal
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau mempunyai kelebihan untuk menang jika pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat.
Kemiskinan tegar: Hentikan naratif pemprofilan perkauman - PM Anwar
Beliau berkata dasar kerajaan adalah jelas, iaitu memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum dalam usaha menangani kemiskinan tegar.