KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam esok, sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.
Perdana Menteri berkongsi mengenai perhimpunan itu menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.
"Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!," kata Perdana Menteri.
Menerusi poster yang dikongsi dalam hantaran itu, perhimpunan tersebut dijadualkan berlangsung mulai 7.30 malam hingga 10.30 malam.
Turut berkongsi poster yang sama di Facebook ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Sementara itu Gabungan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Seluruh Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu, sebaik sahaja pulang dari luar negara.
"Program yang akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah itu, akan diteruskan dengan ucapan wakil-wakil NGO sebelum ditutup dengan ucapan khas Perdana Menteri," menurut kenyataan itu.
Pengerusi Serantau Muslim Ustaz Hakim Mohd Nor yang juga salah seorang sekretariat program berkata tujuan pelaksanaan program ini ialah untuk menunjukkan kesatuan Malaysia terhadap rakyat Palestin, yang kini sedang dizalimi Zionis Israel.
Beliau berkata himpunan itu menyasarkan tiga objektif utama iaitu untuk menghentikan peperangan di Palestin, kedua untuk menghentikan tindakan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tidak berupaya di wilayah bergolak itu dan ketiga sebagai kesatuan suara umat Islam di seluruh dunia.
Hakim berkata himpunan yang bertemakan pakaian putih itu dijangka dihadiri lebih 20,000 orang.
Sementara itu Pengerusi Global Peace Mission Ahmad Fahmi Samsudin yang juga sekretariat program itu berkata himpunan berkenaan, akan diteruskan di negeri-negeri dalam sesi jelajah 1,000,000 Pembela Palestin.
Beliau berkata himpunan di negeri akan dimulakan di Stadium Hang Jebat di Melaka pada Ahad, 29 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
![PM Anwar ajak rakyat sertai perhimpunan Malaysia bersama Palestin malam esok PM Anwar ajak rakyat sertai perhimpunan Malaysia bersama Palestin malam esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698054957_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam esok, sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin. -Facebook
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78 PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721028875_AnwarIbrahimSulta.jpg)
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
![Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
![Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
![PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
![SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720933781_AnwarIbrahim.jpg)
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
![Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931596_AnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
![NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720853680_AMINUDDINAWANG.jpg)
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
![SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720860893_tbAnwarIbrahim.jpg)
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720853030_tbAnwarIbrahim.jpg)
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
![Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720852162_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.