KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak warga Kuantan untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang berlangsung esok di Dewan Ibnu Khaldun Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di bandar raya itu.
Menerusi catatan di laman Facebook beliau hari ini, Anwar berkata mengikut pengalaman lalu soalan yang diajukan kepada beliau semestinya terbuka serta menyentuh pelbagai topik sama ada politik dan kekuasaan, falsafah, agama atau apa sahaja.
"Insya-Allah ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar ketimbang gejala mencerca dan yang tidak mencerdikkan masyarakat," katanya.
Perdana Menteri berkata seperti yang selalu beliau tekankan rakyat mesti diberi ruang secara terus untuk menyoal pemimpin melibatkan pelbagai isu yang mengesankan warga.
"...dan ini adalah sebahagian dari rencana untuk melonjak negara ke arah sistem masyarakat yang madani," katanya.
Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi hantaran itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada 1 tengah hari dan pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang temuanwar.com.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak warga Kuantan untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang berlangsung esok di Dewan Ibnu Khaldun Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di bandar raya itu. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
Rapid KL lanjut operasi rel, bas sempena sambutan Tahun Baharu 2025
Langkah ini bertujuan memberikan kemudahan kepada warga kota yang ingin menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemenangan tipis kembalikan Arsenal ke tangga kedua
Kemenangan itu turut menyaksikan Arsenal kembali ke tangga kedua liga dengan enam mata di belakang Liverpool.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) esok.
Halalkan kanabis perubatan? Sabar dulu - Anwar Ibrahim
Ambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.
Ibu bapa cetus keprihatinan terhadap orang miskin, asuhan guru teguhkan disiplin - Anwar
Bcerita tentang zaman persekolahannya, Anwar menekankan mengenai didikan saling menghormati yang ditonjolkan oleh guru-gurunya.