KUALA LUMPUR:PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengunjurkan aliran trafik meningkat hingga 30 peratus semasa cuti umum bersempena sambutan Krismas dan tahun baharu 2021 minggu depan.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata bagi tempoh itu, dijangkakan jumlah trafik di lebuh raya utama meningkat hingga 1.7 juta kenderaan pada waktu puncak setiap hari berbanding 1.3 juta pada hari biasa.
Sehubungan itu, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pengguna yang melakukan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan antara 22 Dis hingga 19 Jan 2021 dan menggalakkan pengguna lebuh raya mengikutinya.
"Berdasarkan TTA yang dikeluarkan, pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi.
"Pengguna yang menuju ke lain-lain destinasi lebih hampir dengan Lembah Klang atau lain-lain negeri disaran memasuki lebuh raya selepas 12 tengah hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengguna lebuh raya dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Johor dan lain-lain negeri yang menuju ke Lembah Klang bagi tempoh sama, dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi.
PLUS katanya amat menggalakkan orang ramai mengikuti jadual perjalanan disarankan itu bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar, sekali gus mengurangkan kesesakan terutama di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat dan rawat pada musim perayaan.
PLUS juga menasihati orang ramai untuk terus mematuhi prosedur kesihatan dan keselamatan, memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri serta memandu dengan selamat dan lebih berhati-hati berikutan musim hujan di seluruh negara ketika ini.
Maklumat terkini boleh diperolehi menerusi aplikasi PLUS, Twitter @PLUSTrafik, interaksi secara digital di Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik lebuh raya atau talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 18 2020

PLUS katanya amat menggalakkan orang ramai mengikuti jadual perjalanan disarankan itu bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.

PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.

Kolaborasi strategik PLUS, PDRM pastikan lebuh raya lebih selamat
PLUS dan PDRM terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik di lebuh raya, terutama sepanjang musim perayaan.

Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
JPBM Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.

PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane
PLUS malaysia berhad (PLUS) akan mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi utama bagi memastikan aliran trafik di kawasan kritikal lebuh raya berjalan lancar.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.