PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sedang berbincang dengan kerajaan untuk memuktamadkan skop dan mekanisme pengurangan kadar tol seperti yang diputuskan Kabinet minggu lepas, memandangkan tarikh pelaksanaannya pada 1 Feb.
"Ini adalah bagi mengesahkan status perjanjian konsesi yang sedia ada serta mengambil kira kepentingan pemegang sukuk kami," kata Pengerusi PLUS Datuk Mohamad Nasir Ab Latif dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pemegang konsesi lebuh raya terbesar negara itu berkata ia menerima keputusan kerajaan untuk mengekalkan syarikat tersebut di bawah pemegang saham sedia ada iaitu Khazanah Nasional Bhd/ UEM Group Bhd (51 peratus pegangan) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (49 peratus).
"PLUS terus komited untuk memberikan perkhidmatan lebuh raya terbaik serta perjalanan yang selamat dan selesa dengan memanfaatkan inovasi untuk rakyat," kata syarikat itu.
Pada 15 Januari lalu, Kabinet memutuskan PLUS kekal dengan pemiliknya ketika ini dan tempoh konsesi akan dilanjutkan bagi tempoh 20 tahun lagi dari 2038 hingga 2058 dengan kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus berkuat kuasa 1 Februari, 2020.
Kadar tol itu akan terus dikekalkan sehingga tamat tempoh konsesi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 20 2020

Kabinet memutuskan PLUS kekal dengan pemiliknya ketika ini dan tempoh konsesi akan dilanjutkan bagi tempoh 20 tahun lagi dari 2038 hingga 2058 dengan kadar tol dikurangkan sebanyak 18 peratus berkuat kuasa 1 Februari, 2020. - Gambar fail
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Kadar tol mungkin boleh kurang jika kos pembangunan lebuh raya dikawal - PM Anwar
Kos pembangunan lebuh raya meningkat disebabkan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan.

Kadar tol BESRAYA, LEKAS diturunkan mulai tengah malam ini
Penurunan kadar tol antara 15 sen hingga 50 sen itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya itu.

Mesir naikkan kadar tol Terusan Suez pada 2023
Pihak berkuasa berkata kenaikan harga tenaga, kadar pengangkutan dan kadar sewa harian untuk kapal dijangkakan berterusan tahun depan.

Firma penyelidikan saran 'beli' saham Lingkaran Trans Kota susulan tawaran ALR
LITRAK adalah konsesi bagi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) manakala SPRINT merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya SPRINT.

Penstrukturan semula lebuh raya: Kerajaan sedang berunding dengan beberapa konsesi tol - Fadillah
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rundingan tersebut akan dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.

ALR tawar ambil alih empat syarikat konsesi tol - Fadillah
ALR akan meneruskan operasi termasuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di empat lebuhraya berkenaan.

Kemenangan berganda untuk PLUS dan ELITE, diiktiraf lebuh raya sistem tertutup terbaik
Kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

Tol: Jangan terpedaya dengan hasutan dan pengiraan dibuat pembangkang
Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS berbincang dengan kerajaan muktamadkan mekanisme pengurangan tol
Kabinet memutuskan PLUS kekal dengan pemiliknya ketika ini dan tempoh konsesi akan dilanjutkan bagi tempoh 20 tahun lagi dari 2038 hingga 2058.

Pengurangan kadar tol langkah prihatin kerajaan - Pengguna
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menyifatkan keputusan kerajaan untuk mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus sebagai langkah prihatin bagi mengurangkan beban kewangan rakyat.