Plus Malaysia Berhad (PLUS) diminta mendengar rayuan perwakilan UMNO semasa perhimpunan parti itu yang tidak mahu sebarang kenaikan caj atau kadar yang boleh membebankan rakyat secara keseluruhannya.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pengumuman jangkaan kenaikan kadar tol oleh PLUS akan mengurangkan kepercayaan kepada Kerajaan sekali gus kepimpinan Barisan Nasional (BN).
"Kenyataan PLUS ini keluar tidak sampai beberapa hari perwakilan UMNO berhimpun di PWTC dan mendesak tidak ada sebarang kenaikan harga barangan. UMNO baru minta turun harga, PLUS selamba umum naik tol. Apakah sebenarnya yang berlaku ini?
"Kita sentiasa berdoa tidak ada lagi kenaikan harga, namun tiba-tiba dihidang berita kenaikan tol. Bukankah PLUS selama ini sudah membuat keuntungan? Kenapa mahu meminggirkan keperluan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan sebelum ini?" katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Isnin, Pengarah Urusan Projek PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan dijangka naik lima peratus mulai tahun hadapan, sekiranya mendapat persetujuan Kerajaan.
Jelasnya, jika berdasarkan perjanjian konsesi, PLUS sepatutnya dibenarkan menaikkan kadar tol menjelang 2016.
Tambahnya, keputusan ini bagaimanapun bergantung kepada pengumuman akhir Kerajaan.
Dalam pada itu, kata Najmil Faiz, PLUS sendiri tidak pernah mengumumkan kerugian sejak ia mula beroperasi.
"PLUS telah mencatatkan keuntungan selepas cukai RM8.41 juta tahun lepas. Sejak tahun 1986, PLUS sudah mencatatkan keuntungan.
"Ini tidak termasuk perincian dan perbandingan kos yang sebenar. Cukuplah rakyat dibebankan. PLUS, agak-agaklah kalau hendak untung pun," jelasnya.
Sebelum ini Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memaklumkan PLUS berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.
Katanya berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS bagi tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.
Bagaimanapun Rosnah berkata kadar tol di Jambatan Pulau Pinang kekal sehingga 31 Dis 2038.
Wan Syamsul Amly
Tue Dec 15 2015
!['PLUS, agak-agaklah kalau hendak untung pun' - Najmil Faiz 'PLUS, agak-agaklah kalau hendak untung pun' - Najmil Faiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441271783_NAJMIL.jpg)
NAJMIL FAIZ: UMNO baru minta turun harga, PLUS selamba umum naik tol. Apakah sebenarnya yang berlaku ini? -Gambar fail
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Harga RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter Harga RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640659451_PetrolStation.jpg)
Harga RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter
Harga runcit bagi petrol RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 21 hingga 27 Sept.
![RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71617191965_YellowNozzle.jpg)
RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 April.
![COVID-19: Selangor kenal pasti kilang, tempat kerja punca kluster COVID-19: Selangor kenal pasti kilang, tempat kerja punca kluster](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61601644125_Amirudin.jpg)
COVID-19: Selangor kenal pasti kilang, tempat kerja punca kluster
Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan Program Preventing Outbreak at Ignition Site (POIS) bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja.
![Harga RON95, RON97 naik empat sen, diesel naik tiga sen - Kementerian Kewangan Harga RON95, RON97 naik empat sen, diesel naik tiga sen - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81594982155_YellowNozzle.jpg)
Harga RON95, RON97 naik empat sen, diesel naik tiga sen - Kementerian Kewangan
Harga runcit petrol RON95 dan RON 97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 8 Jan depan.
![Harga RON95, RON97 naik 1 sen Harga RON95, RON97 naik 1 sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61593773748_Pamminyak.jpg)
Harga RON95, RON97 naik 1 sen
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 1 sen manakala diesel pula naik 5 sen berkuat kuasa 17 Oktober sehingga 23 Oktober 2020.
![RON97 lepasi harga RM2 seliter, RON95 naik 3 sen tengah malam ini RON97 lepasi harga RM2 seliter, RON95 naik 3 sen tengah malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590747656_Pamminyak.jpg)
RON97 lepasi harga RM2 seliter, RON95 naik 3 sen tengah malam ini
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook rasmi KPDNHEP, harga tersebut adalah bagi tempoh 22 Ogos hingga 28 Ogos ini.
![Harga emas berpotensi melambung sehingga cecah AS$2,000 dalam tempoh terdekat Harga emas berpotensi melambung sehingga cecah AS$2,000 dalam tempoh terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41596116780_barangkemasjewell.jpg)
Harga emas berpotensi melambung sehingga cecah AS$2,000 dalam tempoh terdekat
Harga emas berpotensi untuk terus melambung ke paras AS$2,000 seauns dalam tempoh terdekat, lebih-lebih lagi selepas logam berharga ini mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada AS$1,980 seauns.
![RON97, RON95 naik 8 sen, diesel naik 10 sen seliter RON97, RON95 naik 8 sen, diesel naik 10 sen seliter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590747656_Pamminyak.jpg)
RON97, RON95 naik 8 sen, diesel naik 10 sen seliter
Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lapan sen manakala diesel pula naik 10 sen bagi tempoh 13 hingga 19 Jun 2020.
![RON 97 naik 2 sen mulai tengah malam nanti RON 97 naik 2 sen mulai tengah malam nanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81535422434_PetrolPump.jpg)
RON 97 naik 2 sen mulai tengah malam nanti
Harga bagi RON95 dan diesel kekal pada RM2.20 dan RM2.18 seliter.
![Harga petrol turun 1 sen, diesel naik 3 sen Harga petrol turun 1 sen, diesel naik 3 sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514370294_HargaMinyak.jpg)
Harga petrol turun 1 sen, diesel naik 3 sen
Harga runcit mingguan bagi produk petrol pada minggu ini mengalami penurunan manakala diesel mengalami sedikit kenaikan.