KUALA LUMPUR : Program E-BAKAT yang diusahakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dijangka memberi manfaat kepada lebih 12,000 isteri kepada anggota tentera.
Fasa pertama program tersebut yang akan bermula dalam masa terdekat memberi tumpuan kepada pembangunan platform latihan dalam talian dan untuk fasa kedua, ia membabitkan platform “e-market place”.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, seramai 100 peserta terlibat untuk fasa pertama dan sehingga kini, seramai 1,000 ahli BAKAT menyatakan minat untuk menyertai program tersebut.
“Statistik, surirumah di ATM ada 34,000 orang. LLP (Lain-Lain Pangkat) dalam 12,000, ini adalah statistik semasa. Kita berharap program ini dapat kita tambahkan lagi dan sasaran utama adalah mereka yang dalam 12,000 itu untuk masa sekarang.
“Bila dan berapa lama akan ambil masa ini, itu bergantung kepada kejayaan program ini daripada segi teknikal dan kedua, dari segi sumber kewangan. Kalau kita satukan kedua-dua ini dan bagi sedikit pushing factor, we should be able to do that.
“Pendekatan ini akan, satu, menambah sumber pendapatan keluarga. Kedua, adalah menjadi satu ‘second career’ untuk anggota kita yang akan berpencen kemudian hari,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian melibatkan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), MGate Emerging Technologies Sdn Bhd dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di sini pada Jumaat.
E-BAKAT merupakan inisiatif dirangka di bawah Program Transformasi BAKAT: Halatuju Kedua – Pembangunan Ekonomi Keluarga.
Ia bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ahli BAKAT untuk membentuk mereka menjadi seorang usahawan berjaya melalui perancangan dan platform yang sistematik.
Astro Awani
Fri Apr 30 2021
E-BAKAT merupakan inisiatif dirangka di bawah Program Transformasi BAKAT: Halatuju Kedua Pembangunan Ekonomi Keluarga.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Masalah pembelajaran tidak halang remaja OKU menyerlah di pentas
Melihat kelincahannya mempersembahkan tarian klasik India Bharatanatyam secara solo di atas pentas, tiada siapa menyangka remaja berkenaan adalah pelajar orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.
Aset lokasi strategik perkukuh pelaburan
Cyberview membentuk Cyberjaya dengan menawarkan ekosistem teknologi holistik mencakupi aktiviti komersial dan digital.
Pembukaan Kiara Skatepark penting untuk asah bakat peminat sukan papan selaju - Jurulatih
Langkah itu penting bagi mengenal pasti dan mengasah bakat-bakat baharu sukan itu, yang merupakan antara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
Potret daripada kiub rubik hasil kreativiti Zabli tular
391 bongkah kiub rubik disusun pada bingkai khas bagi menghasilkan potret pasangan personaliti Shuib Sepahtu dan isterinya Allahyarham Siti Sarah.
Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju
Pelantikan ahli LPA baharu itu diharap dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor.
Pelukis manfaatkan masa terluang PKP 3.0 hasilkan karya baharu
Idea ini datang secara spontan kerana saya teringat kenangan manis ketika berada di rumah kayu bersama nenek satu ketika dahulu.
Kreatif dan indah! Mural tangga di Sandakan ini menguji kemahiran pelukisnya
Muhammad Amin Muhidin sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan mural lukisan tangga menuju ke Wisma Perbandaran di bandar Sandakan.
Tunku Azizah berkenan tunjuk bakat gesek biola depan Dr Siti Hasmah
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menunjukkan bakat baginda menggesek biola di hadapan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Ratu Bumi Malaysia mahu tanam lebih banyak pokok, sumbang produk biodegrasi
Bagi Dr Nisha Thayananthan yang baru dimahkotakan sebagai Ratu Bumi Malaysia 2020/21, tiada yang lebih bermakna bagi dirinya melainkan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih hijau.
PaKat bantu rakyat Miri pamer dan jual hasil seni
Pandemik COVID-19 mengehadkan ruang buat warga Miri mempamer dan menjual hasil seni yang dihasilkan.