PUTRAJAYA: Semua Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan mengadakan aktiviti 'PKRC Berselawat' pada setiap Jumaat pada 7 pagi, bermula esok (11 Jun).

Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini, 'PKRC Berselawat' merupakan salah satu ikhtiar dalam mendoakan kesejahteraan negara dan menyemarakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam kalangan petugas dan pesakit di PKRC.

"Program pengisian rohani ini juga diharap menyemarakkan semangat dan memberi kekuatan kepada petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat memerangi pandemik COVID-19," kata Nadma.

-- BERNAMA