Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah melibatkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak.
"Oleh kerana laporan telah dibuat, kita serah kepada SPRM sahaja. Ada dua isu iaitu tuduhan rasuah dan kebocoran (maklumat)," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan mengenai seorang Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa telah membocorkan kertas minit Mesyuarat Kerajaan Negeri, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung dakwaan berkenaan sama ada dari pihak yang melaporkan iaitu bekas pegawai khas exco terbabit mahupun Exco yang didakwa iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri.
"Abdul Yunus orang yang saya kenal dan beliau menjalankan tugas sebagai ahli berhormat dengan begitu baik," katanya.
Pada Sabtu, Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean yang juga bekas pegawai khas Abdul Yunus, membuat laporan polis di IPD Ipoh mendakwa Exco berkenaan telah membocorkan kertas minit Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, bagi mendapatkan komisen daripada dua syarikat pertanian.
Berikutan itu, Abdul Yunus yang dilaporkan sebagai menjelaskan perkongsian pelbagai maklumat dan data kerajaan negeri dibuat atas kapasiti sebagai wakil rakyat, dan penting untuk menyelesaikan pelbagai aduan, serta masalah rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berhubung dalang yang dikenal pasti di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
"Ya, saya baca kenyataan Ketua Polis Negara. Kita tunggulah laporan lanjut sama ada video itu benar bukan rekaan dan siapa yang dalangi serta siapa yang sebarkan. Pastinya itu dalam siasatan polis. Jadi tidak payahlah kita buat jangkaan yang terlalu banyak," katanya.
Semalam, media melaporkan Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan bahawa ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam kes itu.
Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.
Terdahulu, Anwar meluangkan kira-kira empat jam mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan PKR Negeri (MPN) Melaka di sini.
Beliau sebelum itu turut mengadakan pertemuan dengan komuniti nelayan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Linggi dan turut bertemu dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2019

Anwar mendengar penerangan daripada Pengerusi Nelayan Kawasan Melaka Barat Mazelan Bakar (kiri) mengenai Jeti Kampung Nelayan pada Santai Bersama Nelayan di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Linggi, hari ini. --fotoBERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Kos makanan punca harga telur ayam di Perak meningkat
Kenaikan harga telur ayam di Perak adalah disebabkan oleh tindakan pengeluar yang terpaksa menaikkan kos di ladang.

Penduduk resah babi hutan terus ceroboh tanah perkuburan
Ancaman babi hutan yang merosakkan tanah perkuburan semakin menjadi-jadi di kawasan Kuala Kurau di sini dengan insiden terbaharu menyebabkan 10 batu nisan tumbang.

Awak-awak pukat kenka akan dibantu - Exco
Kerajaan negeri sedang berbincang dengan kerajaan pusat supaya golongan itu dapat bekerja dalam bidang berkaitan.

Kualiti air Tasik Bukit Merah merosot, LRA Bagan Serai henti operasi
Sebanyak 19,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar Parit Buntar, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kuala Kurau akan mengalami gangguan bekalan air berikutan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Jala

Perak sedang kenal pasti lokasi Galeri Banjar di Kerian
Pembinaan galeri itu perlu bagi memastikan generasi akan datang mengenali kebudayaan dan adat Banjar.

PKR serahkan kepada SPRM untuk siasat kes Exco Perak
Sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung dakwaan berkenaan sama ada dari pihak yang melaporkan iaitu bekas pegawai khas exco terbabit mahupun Exco yang didakwa.