IPOH: Kenaikan harga telur ayam di Perak adalah disebabkan oleh tindakan pengeluar yang terpaksa menaikkan kos di ladang.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata pemeriksaan pihak berkuasa mendapati kenaikan harga itu berpunca daripada peningkatan kos makanan ayam di pasaran dunia ketika ini.
"Tidak dinafikan terdapat beberapa peniaga runcit dikesan telah menaikkan harga telur ayam pada awal Oktober lepas iaitu daripada RM0.44 ke RM0.47 sebiji bagi Gred A, Gred B pula dijual pada harga RM0.45 sen daripada RM0.42 sen sebiji manakala Gred C dijual pada harga RM0.43 sen daripada RM0.40 sen sebiji.
"Tindakan proaktif telahpun dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak dengan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada peniaga runcit, pembekal dan pengeluar telur yang menaikkan harga yang tidak munasabah agar membuat semakan penyelarasan harga jualan mereka semula agar tiada unsur pencatutan berlaku," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebanyak 83 surat pemberitahuan semakan penyelarasan harga dan 12 notis di bawah Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan sejak 13 Ogos hingga 19 Nov lepas.
Abdul Yunus berkata peniaga terbabit akur untuk menurunkan harga telur ayam dan menjualnya pada kadar yang munasabah.
Beliau mengulas laporan akhbar yang menyebut harga telur ayam di Perak mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM2 bagi 30 biji sejak Oktober lepas.
Kenaikan itu berlaku bagi semua jenis gred sama ada yang dijual di pasar pagi, kedai runcit mahupun pasar raya dengan 30 biji telur Gred A dijual pada harga RM12.90 hingga RM14.40, Gred B pula dijual antara RM12.30 hingga RM12.90 manakala RM11.15 hingga RM12.60 bagi Gred C.
Abdul Yunus juga berkata seramai 176 pegawai penguatkuasa dan 79 pegawai pemantau harga KPDNHEP negeri sentiasa melakukan pemantauan secara berkala membabitkan bekalan dan harga ke atas semua peniaga runcit, pemborong serta 11 syarikat pengeluar telur ayam utama di Perak.
"Sehubungan itu, KPDNHEP ingin mengingatkan peniaga agar lebih bertanggungjawab dalam memastikan pengeluaran dan pengedaran telur ayam sentiasa mencukupi untuk keperluan pengguna dengan harga munasabah tanpa unsur pencatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021

Kenaikan harga telur ayam di Perak adalah disebabkan oleh tindakan pengeluar yang terpaksa menaikkan kos di ladang. - Gambar fail/BERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Isu bekalan telur ayam, minyak: Salahuddin jumpa pemain industri esok
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket esok.

Kementerian perlu peruntukan lebih besar depani krisis ekonomi, makanan - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata ini juga sekali gus bagi melicinkan pengoperasian kementerian dan memastikan semua perancangan berada dalam keadaan teratur.

MyCC tubuh pasukan khas siasat kemungkinan wujud kartel dalam industri ayam, telur ayam
MyCC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010.

Kos makanan punca harga telur ayam di Perak meningkat
Kenaikan harga telur ayam di Perak adalah disebabkan oleh tindakan pengeluar yang terpaksa menaikkan kos di ladang.

Harga telur ayam stabil di pasaran
Harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan stabil dengan harga semasa bagi gred A adalah 44 sen, gred B (40 sen) dan gred C (36 sen).