KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah bersetuju menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi bas ekspres yang menjalankan perkhidmatan mengambil penumpang dan barangan di seluruh negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata antara SOP perlu dipatuhi oleh pemandu dan pengusaha bas ekspres ialah kapasiti bas dihadkan kepada 50 peratus berdasarkan tempat duduk bagi memastikan penjarakan fizikal sentiasa terjaga.
Beliau berkata pemandu dan penumpang juga perlu menjalani saringan gejala dan memeriksa suhu sebelum menaiki bas, selain perlu memakai pelitup muka sepanjang masa, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengurangkan interaksi antara satu sama lain di dalam kenderaan.
"Pemandu tidak dibenarkan bertugas sekiranya bergejala. Selain itu, pemandu atau pengusaha bas juga berhak menghalang penumpang menaiki kenderaan jika bergejala.
"Pemandu turut diminta membuat pengumuman peringatan berkala di dalam bas berkaitan pemakaian pelitup muka.
"Pengusaha bas ekspres hanya boleh mengambil dan menurunkan penumpang di terminal sahaja. Bas ekspres juga tidak dibenarkan singgah di mana-mana perhentian termasuk restoran," katanya dalam kenyataan di sini.
Masidi berkata setiap penumpang yang melintasi zon diingatkan supaya mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu, dan pada masa sama, kerajaan negeri turut menggalakkan pembelian tiket bas ekspres secara dalam talian dan menggunakan kad transaksi bukan tunai seperti konsep pas bulanan dan aplikasi Touch 'n Go.
"Pemandu dan penumpang digalakkan mengguna pakai aplikasi Kod QR bagi mendaftar setiap kali menggunakan perkhidmatan bas melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual dengan menulis maklumat diri dan nombor telefon," katanya.
Beliau berkata pengusaha juga digalakkan membuat semburan sanitasi di dalam bas setiap dua jam perjalanan.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata sebanyak 71 kes positif baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di negeri ini ialah 53,864 kes.
Beliau berkata 77 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pesakit pulih di Sabah seramai 52,711 orang.
Seramai 1,494 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif 22,464 penerima sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri dilancarkan pada 4 Mac lepas, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 13 2021
Antara SOP perlu dipatuhi oleh pemandu dan pengusaha bas ekspres ialah kapasiti bas dihadkan kepada 50 peratus. - Gambar hiasan/ Bernama
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Taburan hujan 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas - METMalaysia
Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan utara serta timur Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Kong-Rey
Taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke Timur Laut Manila, Filipina.
Konvoi: Pemandu, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut bertembung
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada Ahad.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Trami
Keadaan cuaca itu membawa angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Kerajaan persekutuan beri sokongan padu jayakan inisiatif Ekonomi Biru Sabah - Fahmi
Kerajaan persekutuan akan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada inisiatif Ekonomi Biru yang sedang dilaksanakan Sabah bagi meneroka dan memanfaatkan sumber kekayaan laut di negeri itu.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik jika tiada ketirisan berlaku - PM Anwar
Beliau berkata usaha memajukan Sabah ini tidak mudah, tetapi beliau percaya dengan kerjasama semua pihak, akan dapat membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.
Sabah setuju penyelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA - Hajiji
Kerajaan Sabah bersetuju untuk penyelarasan gaji dua fasa selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi 21,228 penjawat awam negeri itu.