KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokaliti sementara empat lagi lokaliti baharu diumumkan dan dua lagi dilanjutkan pelaksanaannya.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD ditamatkan di beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan.
Lokaliti di Sabah ialah Kampung Sungai Imam, Tawau, Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat, Putatan, Kampung Balibata, Beaufort, dan Kampung Pintasan, Kota Belud.
Lokaliti di Kelantan ialah Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf, Kota Bharu, manakala di Pahang pula membabitkan Kuarters Pekerja Malaysia China Industrial Park (MCKIP), Gebeng.
Turut ditamatkan adalah PKPD di seluruh daerah Seremban.
Dalam pada itu, lokaliti baharu yang diumum PKPD bermula 23 sehingga 5 Ogos ialah Taman Merpati, Sandakan, Felda Jengka 12, Jerantut, Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub.
Dua lokaliti yang dilanjutkan PKPD sehingga 5 Ogos 2021 pula adalah Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu.
Astro Awani
Wed Jul 21 2021
PKPD ditamatkan di beberapa lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan. - Gambar fail/Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahmad Zahid cadang BSN tawar skim pinjaman pendidikan untuk aliran TVET
Ahmad Zahid mencadangkan Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan skim pinjaman pendidikan bagi aliran TVET.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung paus, kata saintis
Sekumpulan paus pembunuh atau Orca di perairan Mexico mungkin mengembangkan teknik pemburuan baharu untuk memburu jerung paus, ikan terbesar di dunia.
Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Kampung Jawa, Ayer Hitam bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Jawa, Ayer Hitam, Perak, dilaksanakan bermula 18 Disember sehingga 31 Disember.
PKPD dilaksanakan di PUSPEN, Sg Ruan, Raub - MKN
PKPD akan dilaksanakan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Raub, Pahang.
Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini
Tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD, hari ini.
Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini
Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan hari ini.
Tiada lokaliti baharu PKPD diumumkan hari ini
Tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan, hari ini.
PKPD di Kampung Orang Asli Ruai, Raub bermula esok
Tiada lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada hari ini.
PKPD: Tiada lokaliti baharu, dua ditamatkan
Tiada lokaliti baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini.