SHAH ALAM : Polis Selangor akan melakukan sekatan jalan raya (SJR) secara besar-besaran di seluruh negeri bagi memantau penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan (PKPD) di negeri tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya juga akan menggerakkan 80 peratus daripada kira-kira 14,000 anggotanya dalam operasi berkenaan.
Menurutnya, polis tidak akan memasang kawat duri memandangkan ia membabitkan kawasan yang besar namun pemantauan lebih ketat akan dilakukan di laluan yang biasa dilalui orang awam.
“Kita juga akan meletakkan pasukan pemantauan yang melakukan sekatan di beberapa tempat bagi memastikan tiada orang merentas kawasan yang dinyatakan.
“Satu lagi cabaran yang mungkin kita hadapi adalah kerana dalam tempoh ini, Selangor sebahagian besarnya PKPD tapi Kuala Lumpur masih PKP kecuali beberapa tempat yang dikenakan PKPD.
“Pergerakan orang ramai masih lagi berlaku sebab mereka yang berada di Kuala Lumpur ada yang bekerja di sana tapi menetap di Selangor,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.
BACA: PKPD: Tiga orang dalam sebuah kereta dibenar untuk tujuan vaksinasi - Ketua Polis Negara
Justeru, katanya, polis akan melakukan pemeriksaan dengan lebih ketat di setiap SJR dengan memeriksa dokumen setiap individu.
“Kita akan buat pemeriksaan dokumen mereka yang merentas untuk tentukan mereka yang betul-betul ada dan dibenarkan melakukan pergerakan merentas sempadan.
“Mereka perlu sediakan dokumen, misalnya kalau bekerja di Kuala Lumpur dalam sektor dibenarkan, ada surat daripada majikan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” ujarnya.
Tegasnya, polis akan sentiasa meronda di seluruh Selangor bagi memastikan pematuhan sentiasa berada pada tahap yang tinggi.
Dalam pada itu, Arjunaidi menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati cuba untuk merentas daerah tanpa kebenaran.
Menurutnya, meskipun statistik pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) menunjukkan trend penurunan namun pihaknya akan terus bertegas dan tidak berkompromi terutamanya melibatkan rentas sempadan.
“Kalau dia belum merentasi sempadan, kita akan arahkan mereka patah balik tapi kalau dah merentasi sempadan, kita akan kompaun dan suruh patah balik.
“Maknanya kalau rentas sempadan dia telah melakukan kesalahan, sepatutnya dia tidak harus melepasi sempadan. Kita akan ambil dua tindakan, kompaun dan arahkan mereka patah balik,” tegasnya.
Ridauddin Daud
Fri Jul 02 2021
Menurut Arjunaidi, polis akan melakukan pemeriksaan lebih ketat di SJR. - Gambar fail
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
2TM: PDRM tawar pengurangan saman 60 peratus
Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Fairul Nizam Che Rus berkata kadar diskaun tahun ini meningkat berbanding 50 peratus yang ditawarkan pada program tahun lepas.
Perhalusi cadangan hukuman tahanan di rumah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap supaya cadangan kerajaan untuk menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah diteliti dan diperhalusi.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai Danga
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.