SEPANG:Empat lagi penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi dekat sini yang tidak pulang ke kediaman masing-masing sejurus mendapat maklumat kawasan itu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tampil menyerah diri hari ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
Dengan tambahan empat penduduk menyerah diri hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penduduk kawasan itu yang telah pulang ialah 36 orang.
Menurut beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, 13 orang menyerah diri pada Khamis lepas, 11 menyerah diri pada Jumaat, tiga pada Sabtu manakala lima lagi menyerah diri pada Ahad.
Beliau berkata 27 lelaki dan sembilan wanita yang menyerah diri itu terdiri daripada 13 warga tempatan, 13 warga Indonesia, tujuh warga Thailand dan masing-masing seorang warga Myanmar, India dan Nepal.
"Setakat ini jumlah semasa penghuni dalam Medan 88 ialah seramai 350 orang, manakala jumlah pekerja yang bekerja di Medan 88 tetapi menjalani kuarantin di luar kawasan ini ialah seramai 50 orang," katanya.
Sementara itu, Wan Kamarul Azran berkata sejak pelaksanaan PKPD di kawasan itu, 346 penduduk Medan 88 sudahpun menjalani ujian calitan dan daripada jumlah itu, empat daripada mereka didapati positif COVID-19.
Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 400 penduduk Medan 88 tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas mendapat maklumat kawasan itu dipasang kawad duri untuk pelaksanaan PKPD berkuat kuasa dari 12 hingga 25 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Seramai 346 penduduk Medan 88 sudahpun menjalani ujian calitan dan daripada jumlah itu, empat daripada mereka didapati positif COVID-19. -Gambar fail
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Petugas PKPD Medan 88 jalani saringan COVID-19 - Polis
Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.
PKPD: 24 pekerja tinggal di luar Medan 88 dikenal pasti perlu jalani ujian COVID-19
Seramai 24 pekerja yang tinggal di luar Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan PKPD dikenal pasti untuk menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19.
PKPD Medan 88: Penduduk 'lari' digesa tampil buat saringan COVID-19
Mana-mana individu yang terperangkap atau gagal dikesan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi tampil membuat saringan COVID-19.
Bekalan keperluan asas di PKPD Medan 88 mencukupi - Rina Harun
Bantuan bekalan keperluan asas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi mencukupi setakat ini.
PKPD Medan 88, Salak Tinggi: 400 penduduk gagal dikesan
Kesemua penduduk terbabit diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Sepang bagi menjalani ujian saringan COVID-19.
PKPD di Medan 88 Salak Tinggi, Sepang bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88 Salak Tinggi, Sepang, Selangor.