KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak bermula 6 Februari sehingga 19 Februari 2021.
Pada masa sama, PKPD turut diumumkan di Kampung Sebako 1 dan 2, Lundu, Sarawak bagi tempoh sama.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 2 Februari 2021, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 81 ujian saringan di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II.
Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 24 kes positif COVID-19 telah direkodkan serta baki dua sampel masih menunggu keputusan.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak bermula 6 Februari sehingga 19 Februari 2021.
"Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di sekolah ini dan mengawal jangkitan dalam komuniti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengenai PKPD Kampung Sebako 1 dan 2, Lundu, Sarawak, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 790 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 31 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
Menurut Ismail Sabri, pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di kedua-dua lokaliti dan untuk mengawal jangkitan dalam komuniti.
Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Dalat, Sarawak bermula 11 Februari 2021 sehingga 16 Februari 2021.
"Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Dalat, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 10 Februari 2021," ujarnya.
Sehingga 3 Februari 2021, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah direkodkan dan KKM mengesahkan masih terdapat sejumlah 2,021 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.
Astro Awani
Fri Feb 05 2021
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak bermula 6 Februari sehingga 19 Februari 2021.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.