KOTA KINABALU:Kerajaan Sabah mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh penggiat sektor pelancongan dan perhotelan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa hari ini sehingga 20 Dis.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata garis panduan dan SOP itu telah diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, melibatkan aktiviti pelancongan umum, premis penginapan perhotelan dan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti (CoBT).
Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata penggiat sektor pelancongan dan perhotelan antara lain perlu memastikan kapasiti 50 peratus bagi setiap kumpulan pelancong pada satu-satu masa mengikut keluasan tempat dan ruangan bas persiaran.
Beliau berkata penggiat sektor itu perlu memastikan setiap pelawat mendaftar menggunakan aplikasi Sabah Trace, MySejahtera dan buku catatan bagi pengesanan kontak rapat, memeriksa suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal serta menggunakan pelitup muka dan cecair basmi kuman.
"Aktiviti pelancongan umum dan premis perhotelan perlu menyediakan garis panduan bagi mencegah penularan COVID-19, manakala penggiat CoBT pula diwajibkan membuat taklimat SOP sebelum sebarang aktiviti dimulakan," katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.
Masidi berkata penggiat sektor terbabit turut diminta melakukan pembersihan dan disinfeksi sekurang-kurang tiga kali sehari di kawasan umum atau yang kerap disentuh, menguruskan sisa buangan dengan teratur, selain membuang pelitup muka ke dalam tong sampah tertutup untuk pelupusan.
Bagi sektor perhotelan, kerajaan negeri membenarkan restoran atau kafe beroperasi, juga mesyuarat dan seminar pada skala kecil dengan had kehadiran separuh daripada ruangan bilik atau tidak melebih 20 orang pada satu-satu masa.
Beliau berkata penggiat industri pelancongan juga digalakkan membuat promosi produk masing-masing secara dalam talian atau alternatif lain yang mampu mengurangkan kontak rapat dengan pelanggan.
Sementara itu Masidi berkata Sabah merekodkan jumlah kumulatif COVID-19 sebanyak 30,786 kes setakat ini, dengan 218 kematian disebabkan wabak berkenaan.
Menurutnya hari ini, Sabah mencatatkan 248 kes, dengan 126 kes atau 50.18 peratus daripadanya berpunca daripada saringan kontak rapat di 14 daerah; 61 kes (24.60 peratus) saringan kluster sedia ada; saringan bergejala 36 kes (14.52 peratus); saringan komuniti tujuh kes (2.8 peratus); dan 18 kes (7.26%) adalah dari lain-lain kategori.
Beliau berkata seramai 299 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di negeri itu ialah 27,801 orang.
Sementara itu, Menteri Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya dalam kenyataan berkata kerajaan negeri telah mengagihkan 282,213 bakul makanan kepada golongan sasar di 27 daerah, setakat ini.
Untuk hari ini, 6,232 bantuan bakul makanan diagihkan melibatkan 12 daerah dengan Sandakan menerima 2,184 bakul makanan, diikuti Kudat (1,304); Tuaran (1,081); Keningau (725); Beluran (400); Pitas (200) dan Tongod (107).
Daerah lain yang menerima bantuan bakul makanan pada hari ini ialah Kota Belud (84); Lahad Datu (67); Ranau (43); Papar (20); dan Putatan (17), katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020
![PKPB: Sabah keluar garis panduan, SOP untuk sektor pelancongan, perhotelan PKPB: Sabah keluar garis panduan, SOP untuk sektor pelancongan, perhotelan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607354318_MasidiManjun.jpg)
Masidi berkata penggiat sektor terbabit turut diminta melakukan pembersihan dan disinfeksi sekurang-kurang tiga kali sehari di kawasan umum. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721043407_TBSANDAKANNELAYAN.jpg)
MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela.
![MAHA 2024: Bot berhias warnai majlis ramah mesra menteri bersama warga Sandakan MAHA 2024: Bot berhias warnai majlis ramah mesra menteri bersama warga Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721020475_tbMohamadSabu.jpg)
MAHA 2024: Bot berhias warnai majlis ramah mesra menteri bersama warga Sandakan
Sebanyak 22 buah bot melibatkan kira-kira 40 orang nelayan terlibat menjayakan perarakan berkenaan.
![Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581582041_gaduh.jpg)
Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam tadi berhubung kes tersebut.
![Lelaki jatuh bot ditemukan terapung Lelaki jatuh bot ditemukan terapung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712015431_tbLelakihilang.jpg)
Lelaki jatuh bot ditemukan terapung
Mayat Simran Asarap, 23, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung di laut.
![Wartawan Bernama Sandakan ditemui meninggal dunia Wartawan Bernama Sandakan ditemui meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710673843_NurAdikaBujang.jpg)
Wartawan Bernama Sandakan ditemui meninggal dunia
Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Adika Bujang, 45, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Taman Perumahan IJM, Batu 6 tengah hari tadi.
![Kereta dinaiki tujuh beranak dihempap lori muatan baja Kereta dinaiki tujuh beranak dihempap lori muatan baja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Kereta dinaiki tujuh beranak dihempap lori muatan baja
Siasatan awal mendapati lori itu dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun bersama penumpang iaitu isterinya berusia 38 tahun dan dua anak lelaki.
![Dua maut, lima parah kereta bertembung lori di Sandakan Dua maut, lima parah kereta bertembung lori di Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709421286_TBkemalanganmaut.jpg)
Dua maut, lima parah kereta bertembung lori di Sandakan
Menurut bomba, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.
![MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/41564646833_TBSandakan.jpg)
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
![Simbah cat dan ugut, 'ah long' Sandakan dipenjara 2 tahun 9 bulan Simbah cat dan ugut, 'ah long' Sandakan dipenjara 2 tahun 9 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686909341_ahlongSandakansi.jpg)
Simbah cat dan ugut, 'ah long' Sandakan dipenjara 2 tahun 9 bulan
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman dua tahun sembilan bulan penjara selepas mengaku bersalah atas empat kesalahan perbuatan khianat dan satu kes ugutan jenayah.
![Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71685616851_Budaktahunhilan.jpg)
Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.