KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) disaran menjalankan ujian saringan yang lebih agresif, khususnya di kawasan zon merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi melandaikan lengkungan wabak berkenaan.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Epidemiologi, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Noran Naqiah Hairi berkata ia bagi memudahkan pemantauan individu dijangkiti COVID-19 tetapi tidak bergejala.
“Memandangkan kes telah meningkat, KKM perlu mengambil langkah yang lebih agresif.
“Tanpa saringan, ia sukar untuk mengetahui dan memantau apa yang berlaku terutamanya dalam kalangan individu yang tidak bergejala.
“Oleh itu, aktiviti ujian saringan perlu dipertingkatkan dengan lebih agresif dan asingkan mereka yang positif dengan secepat mungkin dan memberikan rawatan secepat mungkin,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Tambah Dr Noran, PKPB merupakan salah satu jenis penjarakan fizikal yang dilakukan secara paksaan dan ia sememangnya wajar dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVID-19.
Katanya, penjarakan fizikal terbukti berkesan bagi mengurangkan kes jangkitan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
BACA: PKPB Klang: Sektor ekonomi beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat - Azmin
"Seperti yang pernah kami pada bulan Mei iaitu selepas PKP, kami melalui fasa PKPB dan daripada situ, kami mendapati hasilnya, kes akan menurun.
"Jika kami akur kepada PKPB ini, kami boleh mendapatkan hasil yang kami kehendaki," jelasnya.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.
Isabelle Leong
Thu Oct 08 2020

Profesor Dr Noran Naqiah Hairi berkata ia bagi memudahkan pemantauan individu dijangkiti COVID-19 tetapi tidak bergejala. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

PKPB terima dua anugerah kecemerlangan TVET
Membawa semangat 'Bantu Belia Bantu Negara', inisiatif Projek Belia Mahir yang digerakkan NGO itu sejak 2010 telah memberi manfaat kepada 50,000 belia.

Komitmen kerajaan kaji semula gaji penjawat awam beri kesan positif kepada sektor swasta - PKPB
Komitmen kerajaan untuk mengkaji semula tangga gaji penjawat awam khususnya di peringkat rendah dilihat sebagai satu langkah yang baik, sekali gus memberi kesan positif kepada pekerja sektor swasta.

Perlu ada keazaman, kesungguhan jayakan hasrat PM perkasa TVET - PKPB
Ketika ini memang terdapat banyak industri yang menjalankan latihan di tempat kerja terutama kepada lepasan sekolah yang memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik yang rendah.

Tetapkan gaji minimum untuk belia berkemahiran - PKPB
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyaran kerajaan menetapkan gaji minimum kepada golongan belia berkemahiran.

PRU15: Parti politik perlu terima keputusan rakyat esok
Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) mengingatkan seluruh parti politik menerima apa sahaja keputusan serta mandat baharu yang rakyat berikan bermula esok.

Lima perkara penting kenyataan media Hishammuddin Hussein pada 13 Ogos
KPDNHEP juga telah melakukan 2,598 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 2,597 premis mematuhi SOP manakala 1 lagi diberi amaran.

173 dikompaun ingkar SOP, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada Selasa, KPDNHEP telah membuat 1,004 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas.

375 individu ditahan ingkar SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin pada 2 Ogos
KPDNHEP telah membuat 800 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas

290 individu ditahan, ini 5 tumpuan kenyataan media Hishammuddin
KPDNHEP telah membuat 806 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (619), pemborong (156) dan pengilang (31).

355 ditahan ingkar SOP, berikut lima perkara penting kenyataan Hishammuddin pada 28 Julai
Op Benteng melibatkan ATM, PDRM, APMM, JIM, JKDM, AKSEM dan agensi-agensi keselamatan lain.