Meskipun Aidilfitri tahun ini tidak dapat disambut bersama sanak-saudara di kampung halaman, kemanisan perayaan itu masih boleh dirasai walaupun diraikan dalam situasi normal baharu.
Orang ramai terpaksa akur ancaman pandemik COVID-19 di seluruh dunia ketika ini masih belum pulih dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membendung wabak itu di negara ini membataskan masyarakat menyambut hari raya bersama keluarga tercinta.
Namun begitu, ia tidak bermakna hari raya kali ini akan disambut dalam suasana suram dan bersedih kerana Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam selepas berjaya melaksanakan ibadah puasa wajib selama sebulan selain mengharungi ujian dan cabaran sepanjang bulan Ramadan.
Pakar Psikologi Universiti Malaya (UM) Prof Datin Dr Mariani Md Nor menyifatkan keindahan Aidilfitri masih dapat dirasai walaupun tidak dapat bertemu keluarga di kampung kerana kasih sayang itu tetap tersemai di dalam hati.
"Tidak dinafikan perasaan itu berbeza kerana kita tidak boleh berjumpa, bersalaman, berpelukan di pagi raya.
"Orang ramai perlu tahu melindungi orang tersayang daripada jangkitan wabak COVID-19 adalah tanggungjawab bersama," katanya kepada Bernama.
Jelasnya menyambut perayaan dengan normal baharu ini adalah satu kelainan tetapi hakikatnya masyarakat masih lagi boleh meraikannya dengan penuh kasih sayang seperti menggunakan teknologi untuk berhubung dengan ibu bapa di kampung di pagi raya.
Selain itu, Mariani berkata ketika masih berhadapan dengan ancaman COVID-19, masyarakat perlu patuh arahan kerajaan dengan berada di rumah masing-masing serta hanya membenarkan kunjungan ahli keluarga terdekat sahaja bagi mengelakkan jangkitan.
"Nasihat yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah perlu diambil perhatian oleh semua pihak dalam menjaga keharmonian dalam masyarakat. Oleh demikian, kita dapat menjaga keselamatan bersama," katanya.
Kerajaan sebelum ini menetapkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan merentas negeri bagi menyambut perayaan Aidilfitri kali ini serta rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata kelainan sambutan Aidilfitri kali ini dalam keadaan normal baharu bukan penghalang umat Islam untuk meraikan bulan Syawal itu dengan penuh kegembiraan sambil mendambakan rahmat daripada Allah SWT.
"Biasanya di pagi raya, kita bersiap dengan memakai baju yang baharu sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
"Walaupun dalam keadaan normal baharu... kita tidak dapat ke masjid, umat Islam perlu bersiap di pagi raya kerana ia adalah syiar Islam iaitu kita tunjukkan bahawa kita gembira di hari itu.
"Kalau kita memakai pakaian yang cantik ia sudah mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kita dapat pahala.
"Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama ahli keluarga di rumah, adalah sunat untuk kita menjamu selera makanan yang disediakan. Itu sudah menzahirkan syiar Islam," katanya.
Jelasnya, antara tuntutan dalam syiar Islam adalah menggembirakan hati insan tersayang, justeru itu, ekoran ketetapan kerajaan iaitu tidak membenarkan rentas negeri pada perayaan kali ini, masyarakat masih boleh berhubung mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga masing-masing menerusi media sosial dan panggilan video walaupun berjauhan.
Mengenai ziarah kubur, beliau berkata walaupun tidak digalakkan melakukannya ketika ini namun masyarakat disarankan untuk membaca al-Quran, berdoa, mengadakan tahlil di rumah kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
"Positifnya di sini, walaupun tidak dapat menziarah kubur, kita boleh membaca al-Quran serta berdoa bersama-sama anak-anak di rumah.
"Apabila kita sudah tiada nanti, anak-anak akan bersedekah pula kepada kita. Saya rasa amalan ini patut dihidupkan dalam keluarga," jelasnya.
Abdul Rahman berkata melawat ahli keluarga dan serta menziarahi kubur boleh dilakukan selepas selesai PKPB walaupun bukan pada bulan Syawal.
Pakar Psikoterapi dan Kaunseling (Kemurungan dan Kebimbangan) Access Counselling Services, Dr Meriam Omar Din berkata antara hikmah meraikan Aidilfitri dalam normal baharu ini adalah setiap ahli keluarga lebih mempunyai banyak masa berinteraksi antara satu sama lain berbanding sebelum ini menjadi rutin di hari raya tuan rumah sibuk melayan tetamu.
Katanya Aidilfitri kali ini juga memerlukan pengorbanan serta menguji kesabaran masyarakat dari segi mental, fizikal serta emosi bagi memastikan matlamat memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini tercapai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 23 2020

Meskipun Aidilfitri tahun ini tidak dapat disambut bersama sanak-saudara di kampung halaman, kemanisan perayaan itu masih boleh dirasai walaupun diraikan dalam situasi normal baharu. -Gambar fail

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion
"Danantara akan menjadi pemangkin kemajuan, menghubungkan pelaburan dengan projek utama, mempercepatkan pembangunan ekonomi."

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Ibadah korban tanda kesyukuran - Mufti Pahang
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, ibadah itu merupakan perkara yang amat dituntut atau digalak kepada umat Islam yang berkemampuan.

PKPB bukan bermakna Aidilfitri disambut dalam suasana suram, sedih
Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam selepas berjaya melaksanakan ibadah puasa wajib selama sebulan.

Zikir berdiri, goyang badan tidak bercanggah - Mufti Pahang
JAIP mendapati tidak ada asas untuk menuduh aktiviti beberapa jemaah lelaki dan wanita di sebuah kampung di Ulu Tembeling Jerantut itu sebagai sesat.

Syiah kekal fahaman menyeleweng - Mufti Pahang
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa tiada semakan mahupun peluang seharusnya diberikan terhadap ajaran syiah.

Campur tangan asing rosakkan perpaduan, keamanan negara - Mufti
Mereka senada berpendapat, campur tangan luar seperti tindakan sivil DoJ berkaitan 1MDB bukan sahaja merugikan negara malah langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya memusnahkan keharmonian.

Keluarkan fatwa tanpa ilmu adalah satu dosa - Mufti Pahang
Mana-mana pihak yang tidak tahu mengenai fatwa tetapi bertindak mengeluarkan sesuatu fatwa kepada orang ramai adalah melakukan satu dosa kerana berbuat demikian tanpa ilmu.

Polis sudah ambil kenyataan Mufti Pahang
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata keterangan Abdul Rahman diambil di pejabatnya di sini semalam.

Gelaran 'kafir harbi' keterlaluan - Ibrahim Ali
Walaupun banyak tindakan DAP tidak dipersetujui, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat istilah 'kafir harbi' tidak wajar digunakan.