Mereka yang meloloskan diri dengan merentas negeri untuk balik ke kampung menyambut Aidilfitri terutama kakitangan awam, dinasihatkan kembali bertugas jika tidak mahu kehilangan pekerjaan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika sebelum ini mereka berani melanggar arahan dengan pulang ke kampung, maka mereka juga perlu berani menanggung akibatnya.
“Kepada mereka, saya nasihatkan baliklah, jangan tidak balik kerana hari ini, KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang gagal bertugas selepas cuti akan diambil tindakan tatatertib.
“Jadi jika mereka berani buat, mereka kena berani tanggunglah. Kalau mereka lolos dulu, mereka 'cekaplah'... tapi kalau mereka balik dan tak boleh lolos, akan diambil tindakan oleh polis, bayar sahajalah kompaun,” katanya.
Jelasnya, kerajaan tidak menghalang mereka malah menggalakkan mereka pulang semula ke Lembah Klang untuk bekerja.
Beliau berkata, jangan kerana takut dikenakan tindakan serta perlu membayar kompaun, mereka tidak pulang dan akhirnya kehilangan pekerjaan.
Astro Awani
Tue May 26 2020

Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak menghalang mereka malah menggalakkan mereka pulang semula ke Lembah Klang untuk bekerja. Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pupuk budaya hidup sihat
Program bertemakan Keluarga Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Seri Jempol.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Liz Truss
Ismail Sabri berharap dapat bekerjasama rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua negara demi manfaat rakyat.

RUU larang Ahli Parlimen bertukar parti dapat sokongan MP Kerajaan
RUU itu telah melalui proses perbahasan dan perbincangan yang mendalam daripada ahli Dewan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas.

Lawatan PM ke Turki buka ruang lebih banyak pelaburan, kerjasama isu umat Islam
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turki minggu depan pasti akan membuka lebih banyak ruang kerjasama.

Dermasiswa B40 mampu tarik minat ibu bapa galakkan anak memilih TVET
Penggiat TVET tidak boleh bersikap 'rendah diri' selepas ini dan sudah tiba masanya mereka perlu menjadi ejen perubahan kepada masyarakat.

HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

PM wakili Keluarga Malaysia ucap takziah atas pemergian Ali Hamsa
Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri turut mendoakan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Penamaan Ismail Sabri sebagai calon cerminan solidariti UMNO - Bung Moktar
Katanya, solidariti ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO lebih mengutamakan kepentingan negara dari dari kepentingan peribadi.

Ekspo Dubai 2020: Nilai perdagangan, pelaburan Malaysia cecah RM70 bilion - Perdana Menteri
Perdana Menteri berkata, nilai tersebut diperolehi melalui 131 Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian, serta padanan perniagaan.