Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim memuji langkah diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung isu operasi kilang arak baru-baru ini.
Katanya, tindakan membatalkan pengecualian yang diberi kepada syarikat minuman keras itu perlu diambil kerana tidak ada kebaikan dalam membenarkan kilang tersebut beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
"Arak secara saintifiknya tidak baik untuk kesihatan manusia.
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mencatatkan alkohol sebagai 'a toxic and psychoactive substance with dependence producing properties'.
"Kerana itu, keputusan membatalkan kelulusan operasi kilang arak sepanjang PKP ini adalah tepat," kata Ahmad Amzad kepada media hari ini, selepas mengadakan lawatan ke KPDNHEP di sini.
Katanya, arak bukan merupakan sejenis bahan makanan atau minuman yang perlu dipastikan bekalan berterusan untuk rakyat, dalam tempoh PKP yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Sekiranya ia dibenarkan beroperasi dan arak dijual, ia dikhuatiri mampu memburukkan lagi keadaan sedia ada.
"Ia juga boleh menyusahkan penguatkuasaan dalam tempoh PKP, bila berdepan individu ingkar yang berada di bawah pengaruh alkohol," tambahnya.
COVID-19: Keputusan benarkan kilang arak beroperasi dibatalkan - Annuar Musa
COVID-19: Pemimpin UMNO dan Pas bantah keputusan benarkan syarikat arak beroperasi
Dalam lawatan yang berlangsung selama hampir satu jam setengah itu, pelbagai perkara dibincangkan bagi membuka jalan kerjasama dua hala antara dua kementerian itu.
Kehadiran Ahmad Amzad telah disambut Timbalan Menteri KPDNHEP Datuk Rosol Wahid dan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
Antara agenda lawatan adalah bagi membincangkan mengenai kekurangan bahan mentah bagi sektor pembuatan topeng muka dan ‘hand sanitizer’.
Jelasnya, isu tersebut telah diunjurkan kepada pihak KPDNHEP dan telah pun diambil maklum.
"Ini merupakan masalah utama yang dihadapi negara, terutamanya kepada petugas barisan hadapan, yang kekurangan topeng muka," katanya.
Turut dibincangkan, isu kekurangan bahan mentah untuk penghasilan ‘3D Face Shield’.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Apr 08 2020
![PKP: Tindakan tepat batal pengecualian kilang arak - Timbalan Menteri PKP: Tindakan tepat batal pengecualian kilang arak - Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586321241_TimbalanMenteriSai.jpg)
Ahmad Amzad (kanan) berbincang dengan Rosol ketika mengadakan lawatan ke KPDNHEP di Putrajaya hari ini. Foto MOSTI
![Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721891818_ParisOlympics.jpg)
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
![Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
Rakyat Palestin berlindung di bekas penjara
Selepas berbulan-bulan serangan tentera Israel di Gaza tanpa henti, puluhan ribu rakyat Palestin terhimpit dengan isu kemanusiaan paling dahsyat yang mana mereka menjadi pelarian di tanah kelahiran mereka sendiri.
Barack Obama, isteri sokong penuh Kamala Harris
Barack Obama berkata, beliau dan isterinya yakin Harris akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang hebat.
Polis Sepanyol rampas 4 tan kokain di pelabuhan Barcelona
Sepanyol merampas empat tan kokain yang disembunyikan dalam guni beras di Barcelona pada Jumaat.
Kesedaran tentang anti diskriminasi perlu ditingkatkan di IPT
Kesedaran tentang anti diskriminasi terhadap pesakit HIV dan AIDS perlu dipergiatkan di peringkat institusi pendidikan tinggi bagi mengurangkan stigma.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi pada Sabtu
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung pada Sabtu malam.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dari tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur dalam operasi baru-baru ini
Keluhan pengusaha bas kilang akan dibawa ke kabinet: Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini ke Kabinet.
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak RM570 juta penalti dikenakan terhadap semua syarikat yang didapati bersalah.
![PRK: Amzad sedia 'dihukum' pengundi Kuala Terengganu PRK: Amzad sedia 'dihukum' pengundi Kuala Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690609524_TBAhmadAmzad.jpg)
PRK: Amzad sedia 'dihukum' pengundi Kuala Terengganu
Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengakui beliau bersedia untuk 'dihukum' oleh pengundi di kawasan itu susulan isu mahkamah yang dihadapinya ketika ini.
![PRK pertama selepas PRU15 jadi tumpuan di Terengganu PRK pertama selepas PRU15 jadi tumpuan di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690596652_DrZalihaMustafa.jpg)
PRK pertama selepas PRU15 jadi tumpuan di Terengganu
Secara keseluruhannya, PRN Terengganu kali ini bakal menyaksikan pertembungan 1:1 kecuali di DUN Bandar.
![Mesyuarat khas SPR hari ini tentukan tarikh penting PRK Kuala Terengganu Mesyuarat khas SPR hari ini tentukan tarikh penting PRK Kuala Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668767584_PENGERUSISPR.jpg)
Mesyuarat khas SPR hari ini tentukan tarikh penting PRK Kuala Terengganu
Mesyuarat diadakan selepas SPR terima laporan hakim berkenaan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu.
![Kes saman fitnah Anwar terhadap Ahmad Amzad dibicarakan pada 23 April 2024 Kes saman fitnah Anwar terhadap Ahmad Amzad dibicarakan pada 23 April 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674650797_TBANWARAMZAD.jpg)
Kes saman fitnah Anwar terhadap Ahmad Amzad dibicarakan pada 23 April 2024
Kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim akan dibicarakan bermula 23 April tahun depan.
![Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682824920_BenderaPas.jpg)
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu
Keputusan itu disahkan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pas Pusat yang sedang berlangsung ketika ini.
![PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687861787_AhmadAmzadHashim.jpg)
PRU15: Mahkamah batal kemenangan Pas di Kuala Terengganu
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini, membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671717738_TBANWARAMZAD.jpg)
Dakwa bohong terima gaji RM1, Anwar saman Ahmad Amzad
Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar berkata saman itu difailkan pada 3.59 petang tadi.
![Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670508563_TimbalanMenteriSai.jpg)
Anwar hantar notis tuntut Ahmad Amzad mohon maaf
Anwar mengemukakan notis tuntutan terhadap Ahmad Amzad supaya Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu memohon maaf tanpa syarat kerana didakwa memfitnah beliau.
![Stesen pengecasan EV masih rendah, kurang daripada 1,000 - MOSTI Stesen pengecasan EV masih rendah, kurang daripada 1,000 - MOSTI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664352974_keretaelektrik.jpg)
Stesen pengecasan EV masih rendah, kurang daripada 1,000 - MOSTI
MOSTI pada awalnya menyasarkan 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun ini dengan penumpuan di bandar-bandar utama.
![Lebih 4,000 usahawan muda dapat manfaat program MYStartup Lebih 4,000 usahawan muda dapat manfaat program MYStartup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664101457_TimbalanMenteriSai.jpg)
Lebih 4,000 usahawan muda dapat manfaat program MYStartup
Seramai 4,304 usahawan di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program MYStartup anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).