KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menggerakkan sekatan jalan raya (SJR) di sembilan kawasan di sini bermula hari ini bagi memantapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bermula pada 7 hingga 20 Mei.
Sekatan jalan raya dilaksanakan bermula hari ini di kawasan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Sentul Pasar, di hadapan Balai Polis Kepong, Jalan Klang Lama, Jalan 2/27A Wangsa Melawati, Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa dan Lebuhraya Bukit Jalil.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Yong Lei Choo berkata sembilan lokasi utama di daerah ini akan diperketatkan sekatan jalan raya bagi mengelakkan sebarang aktiviti rentas daerah tanpa kebenaran berlaku.
"Sekatan jalan menghala ke Kuala Lumpur turut dijalankan di Lebuhraya Persekutuan, Jalan Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur dan Jalan Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yong berkata pemantauan akan dipertingkatkan oleh kumpulan pematuhan dan rondaan oleh unit Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi memastikan penguatkuasaan PKP di Kuala Lumpur adalah komprehensif.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021
![PKP: Sembilan sekatan jalan di Kuala Lumpur bermula hari ini PKP: Sembilan sekatan jalan di Kuala Lumpur bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620464430_pkp.jpg)
Sembilan lokasi utama di daerah ini akan diperketatkan sekatan jalan raya bagi mengelakkan sebarang aktiviti rentas daerah tanpa kebenaran berlaku. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627986461_SJRKuantan.jpg)
PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.
![PKP: Sabah pertimbang cadangan pergerakan lebih 10km PKP: Sabah pertimbang cadangan pergerakan lebih 10km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607354318_MasidiManjun.jpg)
PKP: Sabah pertimbang cadangan pergerakan lebih 10km
Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakannya seperti yang disarankan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.
![PKP: Kompaun, patah balik jika tiada surat kebenaran - Polis Kota Setar PKP: Kompaun, patah balik jika tiada surat kebenaran - Polis Kota Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610489238_kenderaan.jpg)
PKP: Kompaun, patah balik jika tiada surat kebenaran - Polis Kota Setar
Pihaknya telah mengaktifkan tiga SJR di laluan Plaza Tol Alor Setar Selatan, Plaza Tol Alor Setar Utara dan di laluan masuk melalui Kepala Batas sepanjang PKPB.
![PKPB: Pematuhan SOP SJR di Sentul capai 95 peratus - Polis PKPB: Pematuhan SOP SJR di Sentul capai 95 peratus - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602758218_SJRSentulPasar.jpg)
PKPB: Pematuhan SOP SJR di Sentul capai 95 peratus - Polis
Pihak yang didapati tidak patuh SOP membabitkan kenderaan syarikat seperti van dan lori.
![78 individu ditahan langgar PKP, ini 5 fokus kenyataan Ismail Sabri 78 individu ditahan langgar PKP, ini 5 fokus kenyataan Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599788767_Kedah.jpg)
78 individu ditahan langgar PKP, ini 5 fokus kenyataan Ismail Sabri
Seramai 78 individu telah ditahan pada Khamis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
![Pasukan pematuhan SOP ditubuhkan, fokus cegah jenayah sepanjang PKPP - Polis Pasukan pematuhan SOP ditubuhkan, fokus cegah jenayah sepanjang PKPP - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584248756_TBNOORZAINYPOLISjp.jpg)
Pasukan pematuhan SOP ditubuhkan, fokus cegah jenayah sepanjang PKPP - Polis
PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan pasukan jawatankuasa pematuhan dalam menjalankan pemeriksaan SOP bermula hari ini hingga 31 Ogos.
![Polis Bintulu ambil langkah ubah lokasi sekatan di laluan tikus Polis Bintulu ambil langkah ubah lokasi sekatan di laluan tikus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51585531339_SekatanPolis.jpg)
Polis Bintulu ambil langkah ubah lokasi sekatan di laluan tikus
Tidak ada yang dapat lolos meskipun melalui jalan 'tikus' menuju ke bandar Bintulu.
![Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584927363_PolisTentera.jpg)
Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, angka itu merupakan jumlah yang besar dan perlu ditangani segera.