KOTA KINABALU:Kerajaan Negeri Sabah sedang mempertimbang cadangan untuk memberi kelonggaran pergerakan dalam radius lebih 10 kilometer (km) sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakannya seperti yang disarankan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.
Beliau berkata buat masa ini, kerajaan negeri menyerahkan kepada pasukan keselamatan untuk melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) seperti diputuskan sebelum ini bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang PKP.
"Bagaimanapun, orang ramai yang perlu membuat perjalanan penting boleh mendapatkan kebenaran polis untuk rentas daerah," katanya dalam sidang media harian COVID-19 Sabah di sini pada Rabu.
Hazani sebelum ini mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sabah membenarkan pergerakan dalam radius lebih 10km setelah mengambil kira keadaan negeri itu yang luas termasuk di pedalaman yang memerlukan penduduknya bergerak melebihi jarak tersebut untuk membeli barangan keperluan.
Mengulas lanjut, Masidi berkata PKP di Kota Kinabalu merangkumi tiga kawasan termasuk Penampang dan Putatan, oleh itu tidak ada SJR di kawasan berkenaan kerana ia dikategorikan sebagai satu daerah.
Menyentuh perkembangan COVID-19 di Sabah, beliau berkata sebanyak 450 kes baharu dicatatkan pada Rabu, meningkat 41 kes berbanding 409 semalam dengan tiga kematian direkodkan masing-masing di Papar, Kudat dan Tawau.
"Sebanyak 322 kes atau 71.6 peratus daripada jumlah kes baharu itu berpunca daripada saringan kontak rapat, saringan bergejala (80 kes), saringan kluster sedia ada (14 kes) dan kategori lain (34 kes)," katanya.
Masidi juga berkata jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Sabah meningkat kepada 41,899 manakala jumlah kumulatif pesakit sembuh seramai 37,964 orang.
"Seramai 306 pesakit COVID-19 sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Sejumlah 2,833 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 753 di hospital dan 2,080 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)," katanya sambil menambah 41.47 peratus daripada 6,829 katil yang disediakan di hospital dan PKRC digunakan pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Datuk Masidi Manjun berkata buat masa ini, kerajaan negeri menyerahkan kepada pasukan keselamatan untuk melaksanakan SJR seperti diputuskan sebelum ini bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan sepanjang PKP.
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Suri rumah tanam lebih 70 jenis sayuran beri pulangan lumayan
Dia mula mencuba nasib menjinakkan diri dalam bidang tanaman ini bagi memenuhi masa lapang ketika pelaksanaan PKP.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.

Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.