Meskipun semua Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara sudah ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun polis akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan orang awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata selaras dengan itu, pihaknya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan pasukan jawatankuasa pematuhan dalam menjalankan pemeriksaan SOP bermula hari ini hingga 31 Ogos.
Noorzainy berkata enam SJR di kawasan SPU ditutup sepenuhnya tepat jam 12 tengah malam tadi dan penugasan semua anggota kini tertumpu kepada usaha membendung jenayah.
"Bermula esok, semua sekatan jalan raya tiada lagi memandangkan kebenaran rentas negeri telah diberikan.
"Walau bagaimanapun sekatan jalan raya akan diadakan dalam usaha kita membendung jenayah yang berlaku dalam daerah SPU.
"Tidak semestinya dengan tertutup sekatan jalan raya tiada sekatan jalan raya. PDRM akan terus mendirikan sekatan jalan raya berdasarkan kepada sebarang maklumat berkaitan pencegahan jenayah.
"Tugas seterusnya PDRM bersama dengan tentera akan mewujudkan pasukan pematuhan SOP dan kita akan buat pemeriksaan di semua premis juga di tempat awam dalam tempoh PKPP ini dari 10 hingga 31 Ogos.
"Kerjasama di antara PDRM dan tentera akan diteruskan bagi memastikan SOP sepanjang PKPP ini dipatuhi," kata Noorzainy.
Jelasnya, seramai 800 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi terlibat sepanjang tempoh PKPB berlangsung di daerah itu.
Ia membabitkan polis, ATM, RELA, Jabatan Kesihatan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Sepanjang operasi, 585 individu telah dikompaun manakala 558 ditahan atas pelbagai kesalahan kerana mengingkari PKPB di daerah itu.
Noorzainy berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan tinjauan hari terakhir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Bertam, di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sementara itu, Pegawai Memerintah 19 Rejimen Askar Melayu (RMAD) (Mekanize), Leftenan Kolonel Azmi Abdul Rahim berkata ATM sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan sepanjang PKPP dilaksanakan.
Beliau berkata ATM dan polis telah bekerjasama rapat dalam Ops Penawar dan COVID-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jun 09 2020

NOORZAINY: PDRM akan terus jalankan sekatan jalan raya berdasarkan maklumat berkaitan pencegahan jenayah. -Gambar fail
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.

MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.