Perasaan cemas, sedih, takut dan tertekan merupakan antara panggilan yang diterima Befrienders Kuala Lumpur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Eksekutifnya, Kenny Lim, yang mendedahkan perkara tersebut, berkata ada juga panggilan yang diterima berkenaan masalah kewangan, hubungan antara individu serta keluarga.
"Penerimaan seseorang individu terhadap PKP adalah berbeza. Ada individu yang normal boleh menempuhi PKP seperti biasa, tetapi ada antara individu yang mempunyai masalah tersendiri.
"Ada individu yang terkesan dengan PKP. Ada individu yang stres tidak dapat keluar rumah, mereka rasa tertekan bila kena duduk dalam rumah dalam waktu lama bersama keluarga. Ini merupakan antara punca pergaduhan yang boleh menjejaskan hubungan keluarga," katanya kepada Bernama.
Lim berkata Befrienders Kuala Lumpur, yang beroperasi 24 jam merupakan pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan, menerima lebih 70 panggilan setiap hari sepanjang PKP.
"Kami ada 110 sukarelawan yang sedia membantu. Kalau ada individu yang mempunyai masalah emosi dan memerlukan sokongan, Befrienders adalah tempat selamat untuk meluahkan perasaan dan masalah tanpa rasa takut akan dihakimi. Mereka boleh cerita apa sahaja dan kami akan jaga kerahsiaan mereka," katanya.
Lim berkata kebanyakan pemanggil akan rasa lega dan kembali normal selepas meluahkan perasaan mereka.
"Ramai yang berterima kasih kepada kami kerana sekurang-kurangnya mereka rasa masih ada lagi orang yang boleh beri mereka masa dan peluang serta sokongan," katanya.
Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi MyCareCov19 yang baru sahaja ditubuhkan pada 13 April lalu, menerima hampir 700 panggilan hingga Rabu lalu daripada individu yang mempunyai masalah berkaitan keluarga dan kemasyarakatan.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof, berkata selain menerima panggilan terutama dalam isu nikah, cerai dan rujuk serta masalah keluarga, pihaknya juga turut membantu individu yang terputus bekalan makanan dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Apa yang membezakan MyCareCov19 dengan talian lain ialah kita turut menghubungi kumpulan sasaran terpilih dalam kalangan ibu tunggal dan penduduk di PPR (Projek Perumahan Rakyat) dengan menyantuni serta bertanya khabar keadaan mereka kerana ada antara mereka yang terputus sumber pendapatan ketika PKP ini.
"Biasa kita dapat panggilan ketika PKP ini berkenaan isu nikah iaitu ada yang ingin bernikah dan ada juga isu lafaz cerai yang mana ada pasangan bergaduh hingga melafazkan talak. Kita akan memberi khidmat nasihat dengan membantu dan bimbing mereka yang bermasalah mencari jalan penyelesaian," katanya yang turut menerima panggilan daripada orang bukan Islam.
Mohd Izwan berkata seramai lapan petugas Bilik Gerakan MyCareCov19 dan 20 kaunselor terlibat dalam membantu memberi khidmat kepada individu yang membuat panggilan bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.
"Mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi Bilik Gerakan MyCareCov19 melalui talian 03-8870519/7527/7528 atau menghantar e-mel di alamat mycarecov19@islam.gov.my," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 24 2020

Penerimaan seseorang individu terhadap PKP adalah berbeza.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Hampir setengah juta rakyat Malaysia alami simptom depresi - Kajian
Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

PKP: Rasa sedih, takut antara panggilan diterima talian psikososial
Perasaan cemas, sedih, takut dan tertekan merupakan antara panggilan yang diterima Befrienders Kuala Lumpur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).