Orang ramai meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan orang kurang siuman dan gelandangan yang masih berkeliaran di sekitar negeri ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berkongsi pendapat mengenai nasib golongan ini, seorang penjawat awam Zulaikha Ekkau, 38 berkata beliau bimbang dengan nasib dan keselamatan yang menimpa golongan itu ketika penularan wabak COVID-19.
"Baru-baru ini saya ada lihat seorang lelaki kurang siuman duduk di kaki lima sekitar bandar Kangar, beliau dilihat merayau mencari makanan... saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu golongan ini dengan menyediakan penempatan khas untuk mereka berteduh sepanjang tempoh PKP," katanya.
Turut meluahkan kebimbangan, Narimah Rashid, 64, berkata beliau sering melihat golongan ini sekitar pasar pagi ketika keluar memberi barang keperluan memasak.
Ketika orang ramai sibuk mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga dengan menggunakan pencuci tangan dan memakai penutup mulut dan hidung setiap kali keluar dari rumah, golongan ini hanya fikir untuk mendapatkan makanan bagi mengalas perut.
"Apa yang penting bagi mereka adalah mengisi perut untuk hari itu, mereka tidak faham apa guna penutup mulut dan hidung serta kepentingan menjaga kebersihan diri seperti kita yang masih waras ini," kata suri rumah itu.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, setakat ini tiada tempat tinggal khas disediakan untuk golongan gelandangan di negeri ini kerana kebanyaka mereka telah dihantar pulang ke rumah keluarga masing-masing sepanjang tempoh PKP.
"Terdapat dua kategori gelandangan iaitu gelandangan normal dan gelandangan Orang Kurang Upaya (OKU) atau pesakit mental... Gelandangan normal kita dah selesaikan, yang tak dapat selesai adalah masalah gelandangan OKU pesakit mental kerana mereka ini di luar bidang kuasa JKM," katanya.
Beliau berkata, kesemua gelandangan yang mempunyai keluarga di Perlis telah dihantar pulang ke rumah keluarga masing-masing namun masih terdepat beberapa gelandangan yang masih berdegil ingin kekalkan kehidupan mereka.
"Kita juga telah menghantar pulang gelandangan dari luar Perlis iaitu dari Kedah dan Pulau Pinang ke rumah keluarga mereka sejak awal PKP lagi," katanya
Lebih 20 gelandangan telah dihantar pulang sejak tiga tahun lepas, manakala sepanjang tempoh PKP ini, empat orang gelandangan yang aktif berkeliaran di Kangar, Kuala Perlis dan Padang Besar telah dihantar pulang. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020
Seorang gelandangan menerima sumbangan makanan dan barang penjagaan diri di Kuala Lumpur. Gambar hiasan/ Bernama.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Berkelakuan tidak senonoh, wanita gelandangan Rusia ditahan di Shah Alam
Polis mengesahkan menahan seorang wanita gelandangan warganegara Rusia yang tiada pengenalan diri di Setia Alam, di sini pada Rabu.
Tangani masalah gelandangan secara bersama - Abang Johari
Abang Johari berkata bantuan serta sokongan seperti sesi kaunseling kepada golongan gelandangan harus dipertingkatkan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga.
Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.
Gelandangan dirikan khemah tanda protes berhampiran dataran Bastille
Puluhan khemah didirikan di dataran, hanya beberapa meter dari gelanggang Olimpik yang disediakan sebagai kawasan tarikan pelancong.
Gelandangan baling batu dekat stesen monorel direman 3 hari
Seorang gelandangan yang ditahan selepas dipercayai melempar batu di Stesen Monorel Imbi direman tiga hari bagi siasatan lanjut.
Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang tawar sesi padanan kerja
Sebanyak 84 gelandangan yang sebelum ini menghuni Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini telah memperoleh pekerjaan yang sesuai.
50 orang ditemukan maut di Delhi dalam tempoh 48 jam, disyaki gelombang haba
Lima puluh orang miskin ditemukan mati di Delhi dalam tempoh 48 jam, dengan punca kematian disyaki gelombang haba yang melanda kawasan berkenaan.
85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan
Operasi itu memberi peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.