Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) melalui Gabungan Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan hari ini menyampaikan sumbangan #MusaadahCOVID19 bagi komuniti bukan Muslim di kejiranan Kampung Pandan di sini.
JAWI dalam satu kenyataan berkata, sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan bagi meringankan beban rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi getir tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan budaya.
“Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, tepong, susu pekat dan lain-lain kepada 50 orang ketua keluarga bukan Muslim di kejiranan Masjid Ar Rahimah, Masjid As-Sodiqin, Masjid Al-Imam As-Syafie dan Masjid Jamek Alam Shah.
“Nilai keseluruhan bantuan berjumlah RM5,000 dijangka akan memberikan manfaat kepada seramai 300 orang ahli keluarga pelbagai bangsa seperti India, Cina dan Sikh,” kata kenyataan itu.
JAWI pada masa akan datang bercadang memperluaskan lagi inisiatif itu di zon-zon lain sekitar Wilayah Persekutuan.
Mengulas berkenaan Program JAWI Food Bank (JFB) yang dilaksanakan di bawah inisiatif sama, sehingga kini 62,271 pek makanan telah diagihkan bernilai RM521,289.
“JAWI Food Bank dengan kerjasama masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan serta rakan strategik memberikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 seperti hospital, klinik kesihatan, polis, petugas stesen penyiaran serta rakan jalanan (gelandangan) dan ahli kariah yang terjejas dan memerlukan sepanjang tempoh PKP,” kata kenyataan itu lagi.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 14 2020
JAWI pada masa akan datang bercadang memperluaskan lagi inisiatif itu di zon-zon lain sekitar Wilayah Persekutuan. - Gambar JAWI
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Fatwa vaksin COVID-19: Kerajaan masih tunggu perkenan Agong
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai fatwa vaksin COVID-19 itu telah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas mesyuarat muzakarah berkenaan minggu lepas.
PKP: Masjid, surau Kuala Lumpur santuni komuniti bukan Muslim
Sumbangan itu sebagai tanda keperihatinan bagi meringankan beban rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi getir tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan budaya.