KUALA LUMPUR:Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN), dapat mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran dan membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, demi memastikan ekonomi industri kreatif tidak terjejas.
Pengerusinya Zakaria Abdul Hamid berkata, MKN diharap sekurang-kurangnya membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan dalam premis tertutup dan studio merangkumi drama, telefilem, penstriman langsung, dokumentari dan sitkom tanpa penonton.
Beliau berkata pertimbangan itu berdasarkan kepada asas-asas termasuklah, sektor industri kreatif merupakan antara yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Katanya, pelaksanaan PKP 2.0 yang bermula pada 13 Jan lalu juga telah menjejaskan pendapatan dan ekonomi penggiat industri kreatif, berikutan aktiviti penggambaran tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP.
"Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh penggiat industri kreatif ketika menjalankan aktiviti penggambaran telah membuktikan semasa tempoh pelaksanaan PKP Bersyarat, tiada kluster COVID-19 yang wujud berpunca daripada aktiviti penggambaran," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Tambahnya, Finas juga sedia bekerjasama dengan MKN melalui pasukan penguatkuasa daripada Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas, bagi memantau dan memastikan pematuhan SOP sekiranya aktiviti penggambaran dibenarkan.
Zakaria berkata seawal pelaksanaan PKP 2.0, pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan memohon pertimbangan MKN, untuk memberi kelonggaran berkenaan.
Menurutnya, Finas juga telah menghantar kertas cadangan SOP Penggambaran Dalam Studio kepada MKN melalui Bahagian Pembangunan Kandungan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), namun sehingga kini masih tidak menerima apa-apa maklum balas daripada MKN.
"Seperti sedia maklum, industri kreatif di negara ini digerakkan penggiat industri yang bersifat bekerja bebas. Tentunya, pelaksanaan PKP 2.0 sejak 13 Jan lalu, telah memberi impak kepada sumber pendapatan mereka berikutan aktiviti penggambaran tidak dibenarkan, lebih-lebih lagi pelanjutan tempoh PKP sehingga 18 Feb," katanya.
Katanya, Finas optimis dengan kewibawaan kerajaan dan MKN, dalam mengimbangi cabaran ekonomi dan krisis kesihatan yang sedang dihadapi negara kini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 02 2021
Finas berharap Majlis Keselamatan Negara, dapat mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran dan membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan. - Bernama
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Rusia larang penerbangan malam ke Israel selama seminggu
Sebab larangan ini tidak diberikan, walaupun ada kaitan yang jelas dengan serangan udara yang ditakuti oleh Iran ke atas Israel.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Air India gantung penerbangan ke Israel selama seminggu
Air India menggantung penerbangan ke Israel selama seminggu kerana kebimbangan keselamatan berikutan ketegangan yang masih tinggi di rantau itu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh.
Hajiji mahu pembinaan dua kompleks PGA di Sabah dipercepat
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mahu pembinaan dua kompleks untuk batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercepatkan untuk memperkukuh lagi keselamatan di negeri ini.
Olimpik Paris 2024: Anggota kontinjen negara ambil langkah waspada
Sekretariat Kontinjen dalam Perkampungan Atlet di St Ouen-sur-Seine sentiasa mengemas kini maklumat keselamatan daripada pusat khidmat NOC.
Olimpik Paris 2024: Pusat Media Utama kembali operasi seperti biasa
MPC yang terletak di Palais des Congres di Porte Maillot, beroperasi sepenuhnya dengan protokol keselamatan biasa.
Olimpik Paris 2024: Pusat media ditutup sementara kerana 'risiko letupan'
Wartawan dan orang awam telah dipindahkan dan punca risiko tidak didedahkan.
Lapangan terbang di timur Perancis dibuka semula selepas ditutup 'atas sebab keselamatan'
Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak awal pagi Jumaat susulan 'tindakan khianat' yang menyasarkan rangkaian kereta api.
Fakta utama mengenai upacara pembukaan Olimpik 2024
Sukan Olimpik di Paris secara rasmi bermula dengan pertunjukan unik di tengah-tengah Sungai Seine pada Jumaat.
Pengguna media sosial perlu hati-hati, kukuhkan tetapan sekuriti dan privasi - Pakar
Pengguna perlu ambil langkah kawalan seperti menggunakan verifikasi dua langkah, cap jari, pengecaman wajah serta nombor pas pengesahan transaksi (OTP).