Air India gantung penerbangan ke Israel selama seminggu
Air India menggantung penerbangan ke Israel selama seminggu kerana kebimbangan keselamatan berikutan ketegangan yang masih tinggi di rantau itu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh.
Bernama
Fri Aug 02 2024
Air India menggantung penerbangan ke Israel selama seminggu kerana kebimbangan keselamatan berikutan ketegangan yang masih tinggi di rantau itu selepas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Air India menggantung penerbangan ke Israel selama seminggu kerana kebimbangan keselamatan berikutan ketegangan yang masih tinggi di rantau itu selepas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
"Memandangkan situasi semasa di beberapa bahagian Timur Tengah, kami telah menggantung operasi penerbangan yang dijadualkan dari dan ke Tel Aviv dengan serta-merta sehingga 8 Ogos 2024," kata syarikat penerbangan itu pada Jumaat.
Kedutaan India di Beirut pada Khamis meminta semua warga India meninggalkan Lubnan dan menasihatkan rakyat India agar tidak melakukan perjalanan ke Lubnan.
Media Iran melaporkan bahawa Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan tempat penginapannya di utara Tehran sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan pada 31 Julai.
Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri upacara angkat sumpah presiden baharu Iran.