RAWANG: Projek Taman Industri Hijau (GRIP) Kota Puteri yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dijangka menarik pelaburan berjumlah RM8 bilion selain menyediakan sehingga 5,000 peluang pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas berkata pembangunan di tapak seluas 150.8 hektar di Seksyen 11 dan 12 di Kota Puteri dekat sini, juga mempunyai tarikan pelaburan berikutan lokasinya yang mudah diakses serta tidak jauh dari Pelabuhan Klang.
Projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM2 bilion, akan dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur bagi memastikan kawasan itu lestari dan mampan.
"Ia turut diiktiraf dengan status sebagai Taman Perindustrian Terurus (MIP) yang dibangunkan dengan konsep berpusat dan berpagar.
"Status ini membolehkan pengilang memanfaatkan pelbagai insentif untuk menjadi lebih kompetitif dan hijau," katanya pada majlis pelancaran GRIP Kota Puteri di tapak projek, hari ini.
Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Mengulas selanjutnya, Mahmud berkata pembangunan itu membabitkan 10 elemen bagi menyokong aktiviti perindustian berasaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) termasuk penempatan asrama pekerja secara berpusat, stesen pengecas kenderaan elektrik, taman rekreasi bertemakan air serta pusat kawalan berpusat.
"GRIP adalah sebahagian daripada ekosistem perbandaran Kota Puteri yang menempatkan kira-kira 9,000 unit rumah," katanya.
Sementara itu, Amirudin menyifatkan projek GRIP Kota Puteri sebagai bukti kemampuan PKNS dalam mempelbagaikan pelaburan serta mewujudkan bandar perindustrian yang berdaya huni.
Malah, katanya, pembangunan GRIP Kota Puteri serta lain seumpamanya dapat memastikan ekonomi Selangor terus berdaya saing dan menjadi penyumbang terbesar keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.
"Konsep MIP itu selaras dengan inisiatif kerajaan negeri untuk menggalakkan (kewujudan) taman perindustrian yang terurus di Selangor menerusi pengumuman beberapa insentif di bawah Wilayah Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS).
"Ini satu perkembangan amat positif iaitu kita mencipta ruang kerja, menarik pelaburan dan PKNS mempunyai rangkaian serta ekosistem hampir lengkap dengan menyediakan pula perumahan dan infrastruktur lain seperti kesihatan dalam satu perbandaran perindustrian," katanya.
IDRISS adalah antara agenda dalam Rancangan Selangor Pertama yang merangkumi kawasan berkeluasan kira-kira 20,000 hektar dengan GDV dianggarkan bernilai RM1 trilion.
Amirudin berkata sebanyak 200 kilang dijangka dibina bagi menempatkan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat besar selepas ketiga-tiga fasa pembangunan GRIP Kota Puteri siap pada 2027.
Fasa pertama merangkumi pembangunan tapak berkeluasan 48 hektar dan dijangka bermula pada akhir 2023 selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
"Kita akan siapkan fasa pertama dengan segera yang dijangka dalam masa dua hingga tiga tahun. Jika sambutannya bagus, mungkin fasa kedua boleh dimulakan menjelang akhir tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Amirudin (dua, kiri) bersama Mahmud (kiri) melihat replika pelan projek taman industri hijau Kota Puteri pada Majlis Pra Pelancaran Projek Taman Perindustrian GRIP di Seksyen 11 dan 12, Kota Puteri, Rawang, 25 Julai 2023. -- fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PKNS bentang pelan pembangunan SA Sentral hari ini
Ia akan merangkumi pembinaan pusat konvensyen bertaraf antarabangsa, hotel, pusat beli-belah, pangsapuri servis dan pusat perniagaan peruncitan Aneka Walk.

Kerajaan Selangor pandang serius sikap ambil mudah usahawan tentang pensijilan halal
Kerajaan Selangor memandang serius sikap tidak cakna atau mengambil mudah terhadap keperluan pensijilan halal dalam kalangan usahawan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Projek SA Sentral dilancar, GDV RM3 bilion
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lancar SA Sentral, sebuah projek pembangunan bandar berimpak tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion.

PKNS rancang bangunkan projek hartanah dengan GDV sehingga RM1 bilion
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mahmud Abbas berkata, PKNS menyasar untuk didorong secara komersial pada masa hadapan.

Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.

Kompleks PKNS bakal berwajah baharu tahun depan
Prasarana kompleks PKNS yang terletak di Seksyen 14 yang menjadi pusat beli belah tumpuan ramai setiap kali menjelang Syawal akan melalui proses penambahbaikan pada tahun hadapan.

Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.

Rosyam Nor dilantik Duta Keusahawanan PKNS, kukuhkan peranan, perkasa industri keusahawanan Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Dis 2023.

MRCB mulakan urus niaga hartanah RM527.93 juta dengan PKNS
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.

Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan
Kerajaan negeri Selangor sedang giat mengenal pasti peluang bagi meningkatkan kehadirannya di persada antarabangsa dalam bidang perniagaan dan pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.