GEORGE TOWN: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) meminta kerajaan mempercepatkan pelaksanaan klausa Pengiraan Perubahan Harga (VOP) bagi meringankan beban kontraktor di negara ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Presidennya, Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, sekiranya VOP dilaksanakan dalam tempoh terdekat, secara tidak langsung dapat menyelamatkan kontraktor kecil Bumiputera untuk bertahan dalam industri.
Mohamed Fadzil berkata, secara dasarnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menyatakan persetujuan namun pihaknya masih menunggu bilakah perkara itu akan dilaksanakan.
Bahkan, dalam pertemuan dengan Muhyiddin juga, Mohamed Fadzill berkata, PKMM sudah menyarankan sekiranya VOP dilaksanakan akan memberi manfaat kepada banyak pihak.
Pelaksanaan VOP turut mendapat sokongan daripada Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB), jelas Mohamed Fadzill.
Beliau berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda, ramai golongan kontraktor kelas G1 dan G2 terkesan susulan kekurangan projek sebanyak 30 peratus.
Malah kontraktor juga perlu berdepan dengan kenaikan harga bahan binaan seperti besi, simen , batu bata serta pasir.
“PKMM sarankan kepada Perdana Menteri dan beliau prihatin mengenai masalah yang sedang kontraktor hadapi dan secara lisan setuju VOP diberikan. Jadi, sekarang kita harap secepat mungkin dilaksanakan VOP supaya meringankan beban kontraktor,” kata beliau.
Mohamed Fadzill berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Balik Pulau, di sini pada Rabu.
Seramai 30 orang asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) menerima sumbangan daripada PKMM sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Sementara itu, Mohamed Fadzill menambah, antara sebab kenaikan harga bahan binaan adalah kerana penutupan operasi kuari khususnya di Pulau Pinang sehingga memberi kesan dalam penawaran dan permintaan terhadap sumber tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik saranan CIDB pada 3 Mei lalu yang mencadangkan satu klausa VOP diperuntukan kepada projek pembinaan kerajaan bagi mengurangkan beban kontraktor yang terjejas akibat kenaikan harga bahan binaan ketika ini.
Kaedah VOP adalah indeks bagi mengukur kadar purata harga 14 bahan binaan terpilih bagi enam kategori kawasan di Semenanjung meliputi besi, batu bata, kaca, batu baur, bahan siling, bahan bumbung, kayu, papan lapis, kelengkapan kebersihan, jubin, paip, pasir, cat dan cerucuk.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 06 2021

Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan (berdiri, kanan) menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Balik Pulau, Pulau Pinang pada Rabu. - Gambar BERNAMA
Pemotongan bantuan AS jejas keselamatan global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap pemotongan besar dalam bantuan asing Amerika Syarikat, menyatakan bahawa langkah ini memberi kesan buruk kepada golongan paling terdedah di seluruh dunia.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Fokus Minggu Depan: Menikmati sambutan bulan mulia dengan lebih bermakna
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Pembinaan bangunan MOM baharu libatkan kos RM103 juta - Norza
Pembinaan bangunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang baharu di Bukit Jalil dijangka melibatkan kos berjumlah RM103 juta.
Lelaki Jepun dikehendaki ditahan kumpulan bersenjata di Myanmar
Sebuah kumpulan bersenjata etnik minoriti yang menguasai kawasan timur Myanmar mengakui bertanggungjawab menahan seorang lelaki Jepun berusia 36 tahun berhampiran sempadan Thailand.
MCA dakwa ada parti dalam PH cuba beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa wujudnya cubaan beberapa parti dalam Pakatan Harapan yang menggunakan media untuk memberi tekanan kepada MCA supaya keluar dari BN, sekali gus menlenyapkan parti itu dari Gabungan Perpaduan.

PRK Ayer Kuning: Enam calon disenarai untuk pertimbangan - Saarani
Enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi UMNO bagi PRK Ayer Kuning.
Orang ramai serbu jualan rahmah
Orang ramai di Pulau Pinang tidak melepaskan peluang menyerbu Karnival Jualan Rahmah bergerak di Bertam Square, Kepala Batas.
Ayam, santan barangan laris keras di Kota Bharu
Para peniaga memaklumkan kedua-dua bahan itu mendapat permintaan tinggi ketika umat Islam membuat persiapan menyambut Ramadan bermula Ahad.

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

KKR usul hadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu
Kementerian Kerja Raya Malaysia akan mengusulkan cadangan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) kepada Kementerian Kewangan (MOF), supaya mengehadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu.

Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'
Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.

PKMM harap kerajaan segera laksanakan VOP, bantu kontraktor terkesan COVID-19
Sekiranya VOP dilaksanakan dalam tempoh terdekat, dapat menyelamatkan kontraktor kecil Bumiputera untuk bertahan dalam industri.

Kontraktor bumiputera perlu berani rebut peluang projek - PKMM
Kira-kira 22,000 kontraktor Kelas F (G1) di seluruh negara perlu berani merebut peluang daripada kontrak projek yang diperolehi syarikat konsesi dilantik kerajaan.