Dua lelaki yang mewakili syarikat yang bertanggungjawab dengan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan cuai dalam kejadian pisau pemotong rumput terpelanting yang menyebabkan seorang pelajar maut dan dua lagi cedera.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan Izani Mohd Zain berkata mereka dituduh di bawah Seksyen 17(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada Isnin lepas.
Sabit kesalahan boleh didenda maksima RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Maimoonah Aid yang kemudiannya membenarkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.
"Tertuduh pertama didakwa gagal menyelia penggunaan traktor pemotong rumput manakala tertuduh kedua pula didakwa gagal menyediakan prosedur kerja selamat penggunaan traktor pemotong rumput," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian 13 Februari lepas, seorang pelajar perempuan maut manakala dua pelajar lelaki cedera selepas bilah pisau pemotong rumput terpelanting mengenai kesemua mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018

Seorang pelajar perempuan maut manakala dua pelajar lelaki cedera selepas bilah pisau pemotong rumput terpelanting mengenai kesemua mangsa dalam kejadian 13 Februari lepas. -Gambar fail

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Pisau mesin rumput terpelanting, dua lelaki didakwa di mahkamah
Sabit kesalahan boleh didenda maksima RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.