Kecemerlangan akademik dan lantang melontarkan pandangan menjadikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berintelektual tinggi dan disegani.
Sultan Nazrin, 62, yang mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan secara lantang akan menegur pihak pentadbir sekiranya terdapat perkara yang tidak betul terutama yang melibatkan kesejahteraan rakyat.
Diputerakan pada 27 Nov 1956, di Georgetown, Pulau Pinang, baginda juga mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat selain Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England.
BACA: Sultan Pahang sah YDP Agong baharu
Kepintaran yang dimiliki baginda itu diterjemahkan dengan jelas pada setiap titah dengan menyentuh segenap aspek merangkumi isu global, pentadbiran kerajaan mahupun kehidupan rakyat.
Antara yang diingati pastinya teguran baginda terhadap pemimpin yang tidak amanah dan berintegriti hingga mengakibatkan ummah berada dalam sengsara semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 di Putrajaya.
Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014, manakala istiadat pertabalan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Mei 2015.
Putera sulung Almarhum Sultan Azlan bersama Tuanku Bainun yang merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) diangkat menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan ayahanda baginda pada 28 Mei 2014.
Sultan Nazrin dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya 16 Julai 2014 selain merupakan Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar selepas ia dinaik taraf daripada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah pada 2016.
Sultan Nazrin diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim,46, pada 17 Mei 2007 dan pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah,11, serta seorang puteri Raja Nazira Safya,7.
Pada 13 Dis 2016, Sultan Nazrin dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 2 Nov lalu, baginda selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menandatangani pengisytiharan menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong bila penyandang Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan.
Di sebalik ketegasan baginda, Sultan Nazrin amat prihatin dan mudah tersentuh dengan kesusahan rakyat antaranya kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada 17 Dis lalu dalam rusuhan di tapak kuil Seafield, Subang Jaya, November lepas.
Perkara itu jelas apabila baginda sebak dan menitiskan air mata ketika bertitah pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 24 2019

Kepintaran yang dimiliki baginda itu diterjemahkan dengan jelas pada setiap titah dengan menyentuh segenap aspek merangkumi isu global, pentadbiran kerajaan mahupun kehidupan rakyat.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Muhammad Hafiz rangkul gelaran antarabangsa pertama di Dubai
Muhammad Hafiz mendahului kedudukan selepas lapan permainan dengan melakukan 1,744 jatuhan pin di Pusat Boling Antarabangsa Dubai, Al Mamzar.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Gempa bumi Turkiye: Agong seru beri bantuan kepada mangsa
Yang di-Pertuan Agong sedih dengan kejadian bencana alam yang menimpa Turkiye dan Syria.

Permaisuri Agong zahir harapan Malaysia terus aman, diberkati
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2019, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar Malaysia terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.

Yang Dipertuan Agong bersama Permaisuri hadir solat Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan bersama kira-kira 3,000 jemaah.

#AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah saling berpegangan tangan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

#AgongKita: Saya lebih gemar menjadi 'strategist' - YDP Agong
Umum mengetahui Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan individu yang sangat passionate, atau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan.

Hari Pertabalan Agong juga cuti umum untuk pekerja swasta
Para majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada para pekerja.

Anugerah SAM 2018: Rafiq, Ridzuan dinobat atlet terbaik
Atlet boling tenpin negara, Muhammad Rafiq Ismail, dan jaguh olahraga para kebangsaan, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi, masing-masing diumumkan penerima Anugerah SAM 2018.

Nasihat Sultan Abdullah untuk Pemangku Raja Pahang
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang diingatkan oleh ayahandanya supaya berbuat baik dan amanah.

Pintar, prihatin jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin disegani
Kecemerlangan akademik dan lantang melontarkan pandangan menjadikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berintelektual tinggi.