KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil langkah melindungi pesara perkhidmatan awam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu membatalkan pindaan Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan dijangka membuat pengumuman dalam masa terdekat, dan ketika ini sedang mengusahakan butiran mekanisme bagi melindungi golongan pesara.
“Kita (kerajaan) akan menanganinya. Kita kena hormati keputusan Mahkamah Persekutuan.
“Kita mempunyai mekanisme untuk melindungi pesara dan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan versi baharu aplikasi i-Akaun KWSP pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023) di ibu negara.
Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah selepas menolak rayuan kerajaan serta Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membatalkan keputusan itu.
Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA), yang membenarkan kenaikan dua peratus setiap tahun, kurang memihak kepada pesara dan dengan itu, melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 13 Jan tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pindaan Seksyen 3 dan 7 yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2013 adalah terbatal dan tidak sah kerana melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.
Aminah Ahmad, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar, telah menyaman kerajaan dan Ketua Pengarah JPA atas kapasiti peribadi serta bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam, kerana mendakwa pindaan kepada PAA 2013 mengakibatkan keadaan kurang memberi manfaat kepada beliau berbanding skim pelarasan persaraan sebelum ini di bawah PAA 1980.
Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred yang berkenaan. Bagaimanapun, pindaan 2013 diperkenal berdasarkan kadar rata dua peratus kenaikan tahunan.
Aminah pada mulanya gagal di Mahkamah Tinggi apabila kesnya ditolak pada 2020 namun beliau telah merayu kepada Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya. Kerajaan dan Ketua Pengarah JPA pula mendapat kebenaran merayu pada tahun lepas.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 06 2023

Anwar berkata kerajaan dijangka membuat pengumuman dalam masa terdekat, dan ketika ini sedang mengusahakan butiran mekanisme bagi melindungi golongan pesara. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Pindaan undang-undang pencen terbatal: Kerajaan akan umum mekanisme lindungi pesara
Kerajaan akan mengambil langkah melindungi pesara perkhidmatan awam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu membatalkan pindaan Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA).

Pindaan kepada undang-undang pencen kini tidak terpakai kepada pesara kerajaan - Peguam
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen menjadikan pindaan kepada Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA) itu tidak lagi terpakai kepada pesara kerajaan.