KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen menjadikan pindaan kepada Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA) itu tidak lagi terpakai kepada pesara kerajaan.
Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah berkata keputusan itu akan diiktiraf sebagai undang-undang yang sah.
"Mana-mana pihak yang gagal mematuhi perintah Mahkamah Persekutuan boleh dikenakan tindakan menghina keputusan mahkamah paling tinggi di Malaysia dan tindakan undang-undang boleh diambil," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau berpendapat pindaan itu boleh dibawa ke Parlimen untuk diperhalusi dan dibentang serta dibahas secara terbuka.
Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah selepas menolak rayuan kerajaan serta Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membatalkan keputusan itu.
Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA), yang membenarkan kenaikan dua peratus setiap tahun, kurang memihak kepada pesara dan dengan itu, melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.
Berkongsi pendapat sama, peguam Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berkata sekiranya suatu undang-undang yang dipinda didapati terbatal dan tidak sah oleh mahkamah maka undang-undang yang terpakai sebelum pindaan tersebut akan kembali berkuat kuasa iaitu Akta Pelarasan Pencen 1980.
"Undang-undang tersebut (PAA 1980) hendaklah ditafsir seperti ia wujud sebelum mana-mana pindaan (yang didapati tidak sah) diperkenal.
"Kesan daripada keputusan itu, pindaan kepada undang-undang pencen adalah tidak terpakai dan tidak wujud. Pindaan itu juga bercanggah dengan Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan kerana ia memiliki suatu kesan yang 'kurang baik' kepada penerima imbuhan," katanya.
Peguam Datuk N. Sivananthan pula berkata Parlimen boleh membentangkan apa-apa pindaan baharu tetapi memandangkan keputusan terkini mahkamah itu, adalah tidak wajar untuk membentangkan pindaan lain bagi tujuan sama.
"Pindaan sedemikian berkemungkinan besar akan diisytiharkan sebagai terbatal dan tidak sah," katanya.
Chin Yan Leng, antara peguam yang mewakili Aminah Ahmad dalam kes itu, ketika dihubungi berkata seksyen lama (Seksyen 3 dan 6 PAA 1980) akan kembali berkuat kuasa seperti dinyatakan dalam alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan.
Sementara itu, usaha menghubungi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bagi mendapatkan komen berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan masih diteruskan.
Pada 13 Jan tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pindaan Seksyen 3 dan 7 yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2013 adalah terbatal dan tidak sah kerana melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.
Aminah Ahmad, yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar, telah menyaman kerajaan dan Ketua Pengarah JPA atas kapasiti peribadi serta bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam, kerana mendakwa pindaan kepada PAA 2013 mengakibatkan keadaan kurang memberi manfaat kepada beliau berbanding skim pelarasan persaraan sebelum ini di bawah PAA 1980.
Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred yang berkenaan. Bagaimanapun, pindaan 2013 diperkenal berdasarkan kadar rata dua peratus kenaikan tahunan.
Aminah pada mulanya gagal di Mahkamah Tinggi apabila kesnya ditolak pada 2020 namun beliau telah merayu kepada Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya. Kerajaan dan Ketua Pengarah JPA pula mendapat kebenaran merayu pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah. - Fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pindaan undang-undang pencen terbatal: Kerajaan akan umum mekanisme lindungi pesara
Kerajaan akan mengambil langkah melindungi pesara perkhidmatan awam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu membatalkan pindaan Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA).

Pindaan kepada undang-undang pencen kini tidak terpakai kepada pesara kerajaan - Peguam
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen menjadikan pindaan kepada Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA) itu tidak lagi terpakai kepada pesara kerajaan.