Ringkasan AI
- Platform media sosial diwajibkan mengambil tindakan proaktif terhadap pelanggaran undang-undang, dengan risiko hukuman jika gagal mematuhi notis pihak berkuasa.
- Kuasa untuk keluarkan notis dan mengambil tindakan kini diperluas kepada agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Jakim, KPDN, KDN, KKM, dan NPRA, selain daripada PDRM.
- Pindaan melibatkan kuasa siasatan, audit, dan mendapatkan keterangan yang kini diluaskan kepada agensi penguatkuasa selain daripada polis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pindaan ini membolehkan pihak berkuasa untuk mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan atau berdepan dengan hukuman jika gagal mematuhi notis terbabit.
“Seksyen 263 dalam Akta ini membolehkan agensi-agensi penguatkuasaan – bukan hanya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Bahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga boleh ambil tindakan. Ini kerana mereka tidak tahu cara untuk berinteraksi dengan pihak platform media sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Jumaat.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Berdasarkan dokumen RUU yang diterbitkan di portal Parlimen Malaysia, kuasa untuk menjalankan siasatan (pindaan Seksyen 248), audit (menambah Seksyen 73A), dan mendapatkan keterangan berkenaan perihal siasatan (meminda Seksyen 247(4) dan menambah Seksyen 252A dan 252B) diluaskan kepada agensi penguatkuasa selain daripada polis.
Pada 2 Disember lalu, Fahmi telah membentangkan RUU berkenaan untuk Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat.
Agenda AWANI: Pindaan RUU 588 & Jenayah Siber