KAJANG: Tindakan sesebuah parti membuat pindaan pada perlembagaan masing-masing bagi menghalang ahlinya, terutama yang bergelar Ahli Parlimen, untuk mengalih sokongan kepada pihak lawan boleh dicabar di mahkamah.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana pindaan itu hanya boleh diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selain berpendapat kerajaan juga perlu meminda semula Akta Anti Lompat Parti bagi menutup kelompongan yang ada dalam akta tersebut.
"Apabila sesuatu parti membuat satu keputusan pindaan, hanya RoS yang (boleh) menentukan sama ada pindaan itu sah atau tidak selepas pindaan itu disahkan tetapi akhirnya, mahkamah yang akan tentukan sama ada pindaan itu mencukupi atau tidak.
"Pindaan kepada undang-undang adalah lebih baik untuk menangani perkara ini kerana ia lebih terperinci dan akan datang dari undang-undang itu sendiri daripada diterangkan di tempat lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan topik Akta Anti Lompat Parti dan Kestabilan Kerajaan di sini hari ini. Turut hadir Presiden MPN Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.
Minggu lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan perlembagaan parti pada Januari tahun lepas menghalang Ahli Parlimennya membelakangi keputusan parti termasuk yang melibatkan sokongan kepada mana-mana individu sebagai Perdana Menteri.
Selain itu, keahlian Ahli Parlimen UMNO yang menyertai sesuatu 'pakatan' yang tidak dianggotai parti berkenaan akan turut tergugur secara automatik.
Pada masa sama, Perlembagaan DAP dan Amanah juga menyatakan mana-mana wakil rakyatnya yang tidak mengikut arahan parti dalam isu asas akan kehilangan keahlian secara automatik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana pindaan itu hanya boleh diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS). - Foto Facebook Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Pindaan perlembagaan parti halang ahli alih sokongan boleh dipertikai di mahkamah
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana pindaan itu hanya boleh diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Gagasan Rakyat adakan persidangan agung tahunan pertama 13 November - Hajiji
Persidangan sehari itu akan dihadiri oleh perwakilan serta pemerhati dari 73 bahagian Gagasan Rakyat serta wakil dari Labuan.
DAP lulus pindaan perlembagaan halang wakil rakyat lompat parti
Kongres Khas DAP 2022 hari ini meluluskan pindaan perlembagaan yang melarang wakil rakyatnya melompat parti seiring pelulusan Rang Undang-Undang Antilompat Parti oleh Parlimen.