Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grab menggunakan aplikasi e-hailing (e-panggilan) dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Julai depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata pindaan akta itu bertujuan memastikan semua aspek operasi dan prosedur perkhidmatan itu berjalan lancar serta dapat dikawal selia oleh kerajaan.
"Kita sedang dalam proses menyelaras e-hailing bagi bacaan kali kedua yang akan dibentang dalam sesi Parlimen akan datang pada Julai. Kita telah membuat bacaan kali pertama pada April.
"Apabila kita mempunyai undang-undang itu, maka kita boleh meletak terma dan syarat kita kepada mereka. Pada ketika ini kita tidak boleh buat apa-apa lagi," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Pada 4 April lepas, Nancy membentangkan rang undang-undang mengenai perkhidmatan e-hailing yang bertujuan memastikan pengendali perkhidmatan e-hailing mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan tertinggi.
Nancy berkata apabila peraturan e-hailing diluluskan Parlimen kelak, kesemua pemandu e-hailing perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan akan tertakluk kepada pemeriksaan latar belakang yang ketat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Mengenai perkhidmatan GrabCar yang dipilih sebagai penyedia pengangkutan rasmi Sukan SEA KL2017, beliau berkata peluang tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyedia perkhidmatan tempahan pengangkutan terkemuka di Asia Tenggara itu.
"Peluang yang diberikan ini akan membolehkan mereka (Grabcar) memberikan perkhidmatan pengangkutan bukan sahaja kepada rakyat negara ini malah ianya turut diberikan kepada pelancong asing. Saya fikir mereka perlu dibenarkan untuk mengambil peluang ini untuk bekerjsama dengan Sukan SEA," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga memandang serius tentang aspek keselamatan penumpang perkhidmatan e-panggilan bagi mengelak berlakunya kes jenayah seperti rompakan yang berlaku baru-baru ini.
"Justeru kita akan pastikan pindaan akta ini akan diluluskan. E-hailing nanti perlu beroperasi tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang seperti perkhidmatan sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2017
![Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab akan dibentang Julai Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab akan dibentang Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41469689114_GRABUBER.jpg)
Apabila peraturan e-hailing diluluskan Parlimen kelak, kesemua pemandu e-hailing perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Komisen pada pemandu e-hailing tidak boleh lebih 20 peratus - Anthony Loke Komisen pada pemandu e-hailing tidak boleh lebih 20 peratus - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562926441_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
Komisen pada pemandu e-hailing tidak boleh lebih 20 peratus - Anthony Loke
Pihaknya mengesan ada syarikat yang menggunakan helah mengenakan komisen sehingga 25 peratus melebihi kadar ditetapkan iaitu 20 peratus.
![Teksi, e-hailing bersaing sama rata pada Jun Teksi, e-hailing bersaing sama rata pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515750434_NancyShukri.jpg)
Teksi, e-hailing bersaing sama rata pada Jun
Akta berkaitan perkhidmatan e-hailing yang bakal mewujudkan persaingan sama rata dalam kalangan pemandu akan diwartakan selewat-lewatnya pada Jun ini.
![Pemeriksaan awam projek HSR KL-Singapura dibuka esok Pemeriksaan awam projek HSR KL-Singapura dibuka esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81509378681_Bajet.jpg)
Pemeriksaan awam projek HSR KL-Singapura dibuka esok
Proses Pemeriksaan Awam bagi pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dibuka kepada orang ramai selama tiga bulan bermula 1 Nov ini.
![Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab akan dibentang Julai Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab akan dibentang Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41469689114_GRABUBER.jpg)
Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab akan dibentang Julai
Nancy Shukri berkata pindaan akta itu bertujuan memastikan semua aspek operasi dan prosedur perkhidmatan itu berjalan lancar serta dapat dikawal selia oleh kerajaan.
![SPAD ambil keterangan pemandu bas ekspres guna telefon, merokok SPAD ambil keterangan pemandu bas ekspres guna telefon, merokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51435800842_SPAD.jpg)
SPAD ambil keterangan pemandu bas ekspres guna telefon, merokok
Pemandu bas ekspres dalam video viral yang menunjukkan perbuatannya memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok, telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.