Proses Pemeriksaan Awam bagi pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dibuka kepada orang ramai selama tiga bulan bermula 1 Nov ini, menurut MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp), pada Isnin.
Pengarah Pelaksanaan Projeknya, Mark Loader berkata orang awam khususnya komuniti yang terlibat boleh memberi cadangan dan pandangan di 43 lokasi di sepanjang cadangan jajaran HSR meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
"Pandangan dan maklum balas daripada orang awam akan digunakan oleh MyHSR Corp untuk melakukan penilaian lanjutan dan penambahbaikan projek tersebut," katanya kepada pemberita di sini.
Proses Pemeriksaan Awam itu disyaratkan di bawah Seksyen 84, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
MyHSR Corp, milik penuh Kementerian Kewangan, ditubuhkan untuk membangun dan melaksanakan projek tersebut.
Maklumat lanjut dan lokasi Pemeriksaan Awam boleh didapati dengan melayari laman sesawang MyHSR di www.myhsr.com
Landasan sepanjang 350km itu akan dapat mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan lebih 300km/sejam.
Dijangka mula beroperasi pada pehujung 2026, perkhidmatan HSR akan mempunyai tujuh stesen di Malaysia iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri sebelum berakhir di Jurong East, Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2017
Proses Pemeriksaan Awam itu disyaratkan di bawah Seksyen 84, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. - Gambar fail
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Komisen pada pemandu e-hailing tidak boleh lebih 20 peratus - Anthony Loke
Pihaknya mengesan ada syarikat yang menggunakan helah mengenakan komisen sehingga 25 peratus melebihi kadar ditetapkan iaitu 20 peratus.
Teksi, e-hailing bersaing sama rata pada Jun
Akta berkaitan perkhidmatan e-hailing yang bakal mewujudkan persaingan sama rata dalam kalangan pemandu akan diwartakan selewat-lewatnya pada Jun ini.
Pemeriksaan awam projek HSR KL-Singapura dibuka esok
Proses Pemeriksaan Awam bagi pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan dibuka kepada orang ramai selama tiga bulan bermula 1 Nov ini.
Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab akan dibentang Julai
Nancy Shukri berkata pindaan akta itu bertujuan memastikan semua aspek operasi dan prosedur perkhidmatan itu berjalan lancar serta dapat dikawal selia oleh kerajaan.
SPAD ambil keterangan pemandu bas ekspres guna telefon, merokok
Pemandu bas ekspres dalam video viral yang menunjukkan perbuatannya memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok, telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.