KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 memberi pilihan kepada rakyat dalam pengurusan harta pusaka untuk mendapatkan perkhidmatan pengurusan pusaka yang ditawarkan kerajaan.
Rang undang-undang itu dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan ini adalah kali pertama pindaan dibuat bagi Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98).
Takiyuddin berkata ia adalah obligasi dan tanggungjawab kerajaan dalam membantu dan memudahkan urusan rakyat khususnya bagi mereka yang memerlukan dengan kadar rendah dan tidak membebankan.
"... saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat memenuhi kekangan undang-undang sedia ada dalam mengisi kelompongan (lacuna) dan melengkapkan peruntukan perundangan yang telah berkuat kuasa.
"... ini bagi memastikan pengurusan harta pusaka kecil negara dapat dikawal selia secara menyeluruh dengan cekap dan berkesan, di samping memenuhi aspirasi rakyat secara langsung," katanya.
PARLIMEN-PUSAKA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pindaan rang undang-undang itu, antara lain melibatkan skop mewujudkan tafsiran dan peruntukan baharu meliputi bidang kuasa penyelesaian harta pusaka kecil yang lebih meluas serta menyediakan pelbagai alternatif untuk memberi kemudahan kepada rakyat dalam pengurusan permohonan pembahagian harta pusaka kecil.
Pindaan itu turut mencadangkan skop untuk memperbaiki struktur tadbir urus pengurusan permohonan harta pusaka kecil melalui kaedah perundangan bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan yang optimum.
Selain itu, skop ketiga pula memberi pilihan kepada rakyat dalam mengemukakan petisyen pembahagian dan memperkenalkan peruntukan baharu yang dapat memendekkan tempoh masa penyelesaian harta pusaka kecil.
Skop pindaan terakhir rang undang-undang itu mencadangkan untuk mengadakan peruntukan pengemukaan petisyen secara elektronik dan menambah baik peruntukan kecil sedia ada bagi memperkemaskan pengurusan harta pusaka kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Rang undang-undang itu dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Foto BERNAMA
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Pindaan Akta 98 beri lebih pilihan kepada rakyat dalam pengurusan harta pusaka
Rang undang-undang itu dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.