Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihati syarikat pengeluar produk untuk memilih lambang yang sesuai bagi mengelak kekeliruan pengguna.
Pada masa sama, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha mengakui sukar untuk mewujudkan sistem baharu untuk membezakan produk Islam Bumiputera dengan produk bukan Islam.
"Itu memang sesuatu yang sukar untuk kita lakukan kerana syarat kita adalah apabila industri memenuhi kriteria untuk pensijilan halal, maka kita akan luluskan.
"Dari segi penggunaan bentuk-bentuk logo, kita telah menasihati industri-industri untuk memilih lambang atau logo yang sesuai dan tidak mengelirukan," katanya kepada media selepas hadir pada Mesyuarat Majlis Halal Malaysia Bil.2/2017 di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet dan agensi berkaitan.
Beliau turut mengakui JAKIM tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap produk-produk yang mempunyai logo mengelirukan.
Justeru, beliau menasihati pengguna beragama Islam supaya mengutamakan pembelian produk yang mempunyai pensijilan halal Malaysia atau 66 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan supaya JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula mekanisma pemakaian logo halal dan penjenamaan produk syarikat bukan Islam.
PPIM turut menyarankan agar kaji selidik tersebut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan untuk tindakan lebih berkesan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 01 2017
![Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM Pilih lambang halal sesuai, elak kekeliruan pengguna - JAKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/81496296113_DatoOthman.jpg)
Tan Sri Othman Mustapha turut mengakui JAKIM tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang membolehkan pihaknya mengambil tindakan terhadap produk-produk yang mempunyai logo mengelirukan. - Foto Fail
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679324584_ZahidHamidiHannah.jpg)
Isu pengangguran, kebolehpasaran belia akan ditangani secara berskala besar - Zahid
Usaha secara menyeluruh itu akan dilaksana dengan melibatkan pelbagai pemegang taruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi.
!['Tak payah umpan PM jadi poster boy PRU15' - Tajuddin 'Tak payah umpan PM jadi poster boy PRU15' - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656343602_Tajuddin.jpg)
'Tak payah umpan PM jadi poster boy PRU15' - Tajuddin
Perdana Menteri ibarat 'umpan' buat Barisan Nasional untuk menghadapi PRU15.
![Laporan risikan: Peguam Ahmad Zahid akan buat laporan polis Laporan risikan: Peguam Ahmad Zahid akan buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650012307_ZahidHamidi.jpg)
Laporan risikan: Peguam Ahmad Zahid akan buat laporan polis
Laporan itu akan dikemukakan oleh peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Hisham Teh Poh Teik.
![Perbicaraan Ahmad Zahid: RM1.3 juta adalah sumbangan kepada persatuan bola - Peguam Perbicaraan Ahmad Zahid: RM1.3 juta adalah sumbangan kepada persatuan bola - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630904858_AhmadZahid.jpg)
Perbicaraan Ahmad Zahid: RM1.3 juta adalah sumbangan kepada persatuan bola - Peguam
Persatuan bola tersebut pada November 2015, menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat membayar gaji pemain.
![BN syorkan sidang Parlimen disegerakan, seru PM hormati titah Agong BN syorkan sidang Parlimen disegerakan, seru PM hormati titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613365723_TBZahidHamidi.jpg)
BN syorkan sidang Parlimen disegerakan, seru PM hormati titah Agong
Prinsip Keluhuran Perlembagaan perlu ditegakkan bagi membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang.
![Pemikiran setiap pemimpin, akar umbi UMNO perlu senada - Zahid Hamidi Pemikiran setiap pemimpin, akar umbi UMNO perlu senada - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51597757498_ZahidHamidi.jpg)
Pemikiran setiap pemimpin, akar umbi UMNO perlu senada - Zahid Hamidi
Jelasnya, pemikiran yang saksama ini penting bagi mengelakkan berlakunya percanggahan atau kekeliruan ketika sebarang kenyataan dikeluarkan.
![PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat - Zahid Hamidi PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599910164_TBZahidHamidijpg.jpg)
PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat - Zahid Hamidi
Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
![Himpunan 812: Zahid bakal bertemu Hadi di Kelab Sultan Sulaiman Himpunan 812: Zahid bakal bertemu Hadi di Kelab Sultan Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544245900_TBLAWANANWARx.jpg)
Himpunan 812: Zahid bakal bertemu Hadi di Kelab Sultan Sulaiman
Ahli Parlimen Bgan Datuk itu dijangka bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kelab Sultan Sulaiman sebelum kedua-dua mereka berarak ke Jalan Raja.
![Kepimpinan baharu UMNO tak kuat, ahli jadi goyang - Anwar Ibrahim Kepimpinan baharu UMNO tak kuat, ahli jadi goyang - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61512594910_PAU.jpg)
Kepimpinan baharu UMNO tak kuat, ahli jadi goyang - Anwar Ibrahim
Anwar melihat apa yang berlaku terhadap UMNO menyerlahkan kelemahan kepimpinan baharu yang tidak kuat untuk membawa wajah baharu UMNO.
![Letak jawatan kalau mereka ahli parlimen bermaruah - Zahid Letak jawatan kalau mereka ahli parlimen bermaruah - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51530707495_AhmadZahidHamidi.jpg)
Letak jawatan kalau mereka ahli parlimen bermaruah - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kesemua ahli parlimen berkenaan harus sedar bahawa mereka bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).