KUALA LUMPUR: Pihak industri dan majikan digesa untuk memberi sokongan kepada niat murni kerajaan dengan menggajikan pekerja warga asing dari Sri Lanka bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, Kerajaan Sri Lanka telah mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan memohon kuota sebanyak 10,000 pekerja.
Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 September 2022 telah bersetuju bagi pengambilan 10,000 pekerja warga asing dari Sri Lanka dengan mengambil kira keadaan negara tersebut yang dilanda krisis ekonomi.
"Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu Sri Lanka yang sedang berdepan krisis ekonomi terburuk di negara itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Saravanan, mana-mana majikan yang telah diberi kelulusan kuota dan telah menyelesaikan bayaran levi boleh merebut peluang itu.
"Sehingga 14 September 2022, bayaran levi telah dibuat bagi 416,634 permohonan pekerja warga asing," katanya.
Bagi mana-mana majikan yang berminat, mereka boleh terus menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran Kementerian Sumber Manusia (KSM) (oscksm@mohr.gov.my) atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (jtksm@mohr.gov.my) untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Sep 21 2022

Menurut Saravanan, mana-mana majikan yang telah diberi kelulusan kuota dan telah menyelesaikan bayaran levi boleh merebut peluang itu. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.

Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua
Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.

Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.

'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.

Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.

Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.