KUALA LUMPUR : Seramai 79,393 kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 jenis Comirnaty (Pfizer BioNTech) dari 3 hingga 10 Februari lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian vaksin kanak-kanak dilaksanakan di pelbagai Pusat Pemberian Vaksinn (PPV) iaitu di hospital, klinik kesihatan, PPV Integrasi dan PPV off-site.
"Pencapaian tertinggi adalah di Selangor; 28,661 kanak-kanak, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya; 17,887 kanak-kanak, Sarawak 17,877 kanak-kanak, Sabah 4,962 kanak-kanak, Melaka 3,425 kanak-kanak dan Negeri Sembilan 2,728 kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada masa ini, Jabatan Kesihatan Negeri telah mengenal pasti 1,055 buah sekolah yang akan menjadi PPV PICKids dan akan menjadi pusat pemberian vaksin kepada murid di sekolah tersebut dan murid daripada sekolah-sekolah berdekatan.
"Adalah dijangka jumlah PPV sekolah akan bertambah dari semasa ke semasa. Kesemua PPV sekolah akan mula beroperasi selewat-lewatnya 14 Februari 2022 di seluruh negara," ujarnya lagi.
Bagi pemberian vaksin di sekolah, senarai nama kanak-kanak yang layak akan disediakan oleh pihak sekolah dan ia akan dilaksanakan oleh pasukan kesihatan sekolah atau pengamal perubatan swasta.
"Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai aplikasi MySejahtera perlu mendaftar kanak-kanak sebagai
tanggungan dalam MySejahtera bagi mendapatkan janji temu vaksin dan sijil digital vaksinasi manakala ibu bapa atau penjaga yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera tidak perlu bimbang kerana tarikh dan lokasi janji temu akan dimaklumkan melalui pihak pengurusan sekolah," tambahnya.
Kementerian Pendidikan juga katanya telah bersetuju untuk membantu mengatur janji temu secara berkelompok untuk vaksinasi di sekolah atau di pusat vaksinasi yang telah dikenal pasti oleh
pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi melancarkan pelaksanaan vaksinasi COVID-19.
"Sebagai langkah mengelakkan kesesakan di PPV, hanya salah seorang ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani kanak-kanak untuk tujuan vaksinasi.
"KKM menasihatkan ibu bapa memastikan kanak-kanak yang akan divaksinkan mendapat rehat pada malam sebelumnya, bersarapan pagi dan meminum air secukupnya sebelum ke PPV. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak melakukan aktiviti lasak bagi tempoh 7 hari selepas menerima vaksin," ujar beliau lagi.
Astro Awani
Fri Feb 11 2022
79,393 kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun telah menerima dos 1 vaksin COVID-19 jenis Comirnaty (Pfizer BioNTech) dari 3 hingga 10 Februari lalu. Gambar fail/Astro AWANI
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
PRU15: Pas mahu kerusi Parlimen Bagan Serai?
Bagaimana pula dengan nasib penyandang kerusi, Dr Noor Azmi Ghazali dari Bersatu?
COVID-19: Peningkatan kes, rakyat tidak perlu bimbang - Dr Noor Azmi
Orang ramai tidak perlu bimbang dengan sedikit peningkatan kes positif COVID-19 sejak seminggu lalu, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tiada lagi saman tak pakai pelitup muka di tempat awam - KKM
Tiada lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini.
Keputusan penggunaan pelitup muka diumum dalam masa terdekat - Dr Noor Azmi
KKM kini di peringkat akhir perbincangan sebelum membuat keputusan muktamad.
KKM halusi kerjasama dengan negara pengeluar bekalan bahan aktif farmaseutikal
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi satu kerangka bagi mewujudkan kerjasama strategik bersama negara pengeluar utama bekalan bahan aktif farmaseutikal (API) iaitu India dan China.
Hospital sesak, KKM tidak sewenang-wenang biar pesakit menunggu lama - Timb. Menteri
Lazimnya kesesakan di hospital kerajaan berlaku disebabkan peningkatan kes sesuatu penyakit.
Gelaran doktor untuk pengesyoran kosmetik dilarang - Dr Noor Azmi
Arahan itu adalah berdasarkan Guideline for Cosmetic Advertisement yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
COVID-19: Jangan leka, kes sedang meningkat semula - Timb. Menteri Kesihatan
Orang ramai dinasihatkan tidak mengabaikan pematuhan SOP.
Aidiladha: Terus amal SOP kawal penularan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang penularan COVID-19 akan terus meningkat ketika perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.
Wad kelas tiga tidak pernah dianaktiri, polisi lapuk perlu diubah - Dr Noor Azmi
Kerajaan tidak pernah menganaktirikan wad kelas tiga di hospital-hospital seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.