Ibu bapa tidak seharusnya mengambil peluang menyertai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mencari peluang membuat untung, kata Presiden Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul Datuk Halimah Mohamad Said.
Jelas beliau PIBG ditubuhkan untuk kepentingan murid-murid dan penting bagi memastikan badan itu sentiasa cekap dan berkesan.
Tambah beliau, fungsi serta struktur PIBG harus diperjelaskan semula bagi mempertingkatkan komunikasi antara semua pihak berkepentingan.
“Sebagai permulaan guru besar dan guru kaunselor harus menjalani latihan semula untuk memperbaiki kemahiran manusiawi terutamanya dalam menguruskan ibu bapa serta pelajar yang bermasalah,” katanya menerusi artikel beliau yang diterbitkan Astro AWANI, baru-baru ini.
Halimah turut berharap PIBG dapat berperanan untuk menyediakan bengkel dan latihan bersesuaian kepada ibu bapa untuk melengkapkan pengetahuan terhadap aspek perkembangan anak-anak.
Katanya, pemerkasaan semula PIBG penting bagi dalam menjayakan aspirasi Kementerian Pendidikan yang diumumkan menterinya Dr. Maszlee Malik baru-baru ini.
Dr. Maszlee menerusi amanat kepada warga kementeriannya baru-baru mahu kasih sayang, keseronokan dan hormat menghormati menjadi tiga teras utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Bagi Halimah, perkara berkenaan hanya boleh dicapai sekiranya ibu bapa dapat membantu mewujudkan elemen kasih sayang, keseronokan dan hormat menghormati di rumah juga.
Astro Awani
Thu Jan 24 2019
PIBG ditubuhkan untuk kepentingan murid-murid dan penting bagi memastikan badan itu sentiasa cekap dan berkesan.- FotoBernama
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Perkembangan terkini banjir di Sarawak
Perkembangan terkini banjir di Sarawak bersama
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Renungan dari England
Malaysia bukan lagi kampung halaman yang mundur untuk dibelai dengan penuh nostalgia, mungkinkah 'psyche' rakyat Malaysia juga sudah berubah?
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
PIBG bukan lubuk ibu bapa buat untung! - Halimah Said
Ibu bapa tidak seharusnya mengambil peluang menyertai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (untuk mencari peluang membuat untung, kata Presiden Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul.
Apa Bersatu perlu ingat untuk elak jadi UMNO 2.0
Ini apa yang Bersatu perlu ingat untuk elak jadi UMNO 2.0.