KUALA LUMPUR: Ribuan peminat bola sepak membanjiri Dataran Merdeka bagi menyaksikan tayangan aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menerusi skrin besar di sini malam ini.
Tinjauan Bernama mendapati suasana gamat menggegar lokasi sambutan Hari Kebangsaan itu apabila skuad Harimau Malaya menjaringkan gol pada aksi secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8.30 malam ini.
Ibu bapa juga dilihat tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama merasai suasana hangat aksi menentang Thailand itu.
Normardiana Ramli, 40, ketika ditemui Bernama berkata dia menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) bersama tiga anaknya untuk memberi peluang mereka merasai pengalaman berkenaan.
"Anak-anak saya memang nak sangat tengok bola, tapi sebab tiket dah habis, saya bawa juga mereka ke sini walaupun naik LRT. Anak juga merasai semangat kesukanan dan turut menyokong Harimau Malaya," katanya.
Pengembara rakyat Romania yang juga peminat bola sepak Tanasie Gabriela, 25, turut tidak melepaskan peluang merasai kemeriahan di sini dengan mengenakan jersi Harimau Malaya.
Menurut Gabriela, dia mengetahui mengenai tayangan berkenaan melalui iklan di televisyen dan hadir bersama tiga rakannya.
"Pengalaman yang hebat menyaksikan masyarakat tempatan sangat teruja menonton perlawanan itu kerana ia tidak berlaku di negara kami, kami hanya menonton perlawanan bola sepak di stadium.
"Saya dan kawan-kawan adalah peminat bola sepak, sudah tentu kami mahu merasai pengalaman seperti ini di Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama.
Perlawanan menentang Thailand malam ini menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya mengatasi lawan 1-0 menerusi jaringan Muhammad Faisal Abdul Halim.
Skuad kendalian Kim Pan Gon akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.
Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023
Peminat bola sepak tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama merasai suasana hangat aksi menentang Thailand itu. - Bernama
Nelayan hilang mungkin hanyut ke Indonesia - Maritim Malaysia
Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang di perairan Pulau Undan Melaka diperluaskan kepada 1,372 kilometer persegi.
Strategi pelaburan Malaysia, depani ketidaktentuan global
Misi Malaysia untuk meneroka peluang ekonomi baharu diteruskan dengan lawatan selama 5 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom.
AWANI Ringkas: SPRM tahan empat lagi pegawai bank
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Calon tunggal jawatan Presiden bukti keyakinan FAM - Joehari
Joehari percaya perkhabaran positif menjadi calon tunggal menggantikan tempat Hamidin sebagai Presiden sebagai tanda keyakinan FAM kepada dirinya.
Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu rakyat tampung kenaikan caj PPUM - Fahmi
Parlimen Lembah Pantai akan mengumpulkan dana RM5 juta tahun ini bagi menampung kenaikan kadar caj perkhidmatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk golongan memerlukan.
Satu kegagalan jika kita gagal kerjasama depani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
[KOLUMNIS] Melihat dari mata burung; perspektif filem dalam ASEAN
Kementerian Luar melalui Pusat Diplomasi Bahasa & Budaya berpotensi besar untuk menjalankan kerangka yang berstruktur dalam melestari filem dan sinema dalam sebarang usaha diplomasi.
Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.
Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.