KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik terhadapnya dan lebih 20 pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahmad Zahid, 69, berkata apabila BN gagal membentuk kerajaan pada 2018, beliau dan pemimpin lain termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah diheret ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
"Yang Arif, saya sedari bahawa pada 9 Mei 2018, apabila kerajaan di bawah BN telah gagal memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, maka gabungan parti lain ambil alih dan dalam bulan Jun (2018) laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat kepada saya," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian ketika pemeriksaan semula oleh peguamnya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal ketika membela diri atas 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana Yayasan Akalbudi (YAB).
Menurut Ahmad Zahid, apabila gabungan baharu PH mengambil alih, pertuduhan terhadap 15 individu di mahkamah telah ditarik balik antaranya Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa, Naib Presiden PKR ketika itu Rafizi Ramli dan beberapa individu lain.
"Kalau ini bukan pertuduhan bermotifkan politik, saya tidak tahu apakah lagi istilah lain yang digunakan? Yang dituduh ditarik balik (kes) oleh peguam negara ketika itu, manakala individu dari parti yang kalah diheret ke mahkamah untuk dituduh.
"Apa yang mahu saya sebut di sini ialah keyakinan kami kepada mahkamah yang adil serta sistem perundangan yang betul," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Ahmad Zahid berkata kertas laporan dalam siasatan sepatutnya mengutamakan untuk menyiasat isu yang merosakkan sistem keadilan dan penguatkuasaan, bukannya dijadikan sebagai satu langkah untuk membalas dendam oleh pemimpin yang mengambil alih kerajaan.
Kepada soalan Ahmad Zaidi sama ada beliau diugut secara halus atau kasar contohnya oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri berhubung kes YAB, Ahmad Zahid berkata:
"Tidak spesifik diugut perkara yang berhubung kait dengan YAB tetapi ugutan pada jawatan yang saya pegang dalam parti apabila saya jalankan tugas sebagai Presiden UMNO".
"Seorang yang telah jadi perdana menteri ketika itu iaitu Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) menyatakan beliau mahu jumpa saya dan ugutan yang dibuat jika saya tidak keluar parti dan membubarkan UMNO, sesuatu akan dilakukan kepada saya, tentulah pertuduhan yang dibuat kepada saya ekoran daripada ugutan itu," katanya.
Katanya Dr Mahathir mengakui di dalam beberapa media bahawa beliau memintanya (Ahmad Zahid) keluar parti dan membubarkan UMNO dan pengakuan tersebut merupakan bukti yang kukuh.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 2 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
![PH lakukan pendakwaan terpilih terhadap saya, lebih 20 pemimpin BN - Ahmad Zahid PH lakukan pendakwaan terpilih terhadap saya, lebih 20 pemimpin BN - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661172532_BekasTimbalanPerda.jpg)
Ahmad Zahid berkata apabila BN gagal membentuk kerajaan pada 2018, beliau dan pemimpin lain telah diheret ke mahkamah atas kesalahan jenayah.- Gambar fail
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
!['Sejak bila pemimpin Melayu tak boleh bercakap kepentingan Melayu, Islam?' - Muhyiddin 'Sejak bila pemimpin Melayu tak boleh bercakap kepentingan Melayu, Islam?' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694576740_Muhyiddin.jpg)
'Sejak bila pemimpin Melayu tak boleh bercakap kepentingan Melayu, Islam?' - Muhyiddin
Pemimpin di blok kerajaan yang mengeluarkan kenyataan jahat dan mengapikan sentimen perkauman tidak pula dikenakan tindakan.
![Azmin dakwa PH-BN lakukan pendakwaan terpilih Azmin dakwa PH-BN lakukan pendakwaan terpilih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664722906_TBazminali.jpg)
Azmin dakwa PH-BN lakukan pendakwaan terpilih
Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kepimpinan tertinggi kerajaan Pakatan Harapan (PH)-BN menggunakan institusi kerajaan untuk melakukan pendakwaan terpilih.
![PAU2022: 'Kita menuntut Najib diberikan keadilan di mahkamah' PAU2022: 'Kita menuntut Najib diberikan keadilan di mahkamah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670232326_TBNAJIBRAZAKjpg.jpg)
PAU2022: 'Kita menuntut Najib diberikan keadilan di mahkamah'
Ahmad Zahid mendakwa, sedari awal, UMNO percaya Najib berdepan pendakwaan politik dan terpilih.
![Pembelaan dakwa kes rasuah VLN Zahid Hamidi pendakwaan terpilih, tiada prima facie Pembelaan dakwa kes rasuah VLN Zahid Hamidi pendakwaan terpilih, tiada prima facie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662029336_TBzahidhamidi.jpg)
Pembelaan dakwa kes rasuah VLN Zahid Hamidi pendakwaan terpilih, tiada prima facie
Pihak pembelaan mendakwa 40 pertuduhan menerima suapan membabitkan Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas menunjukkan wujud pendakwaan terpilih.
![PH lakukan pendakwaan terpilih terhadap saya, lebih 20 pemimpin BN - Ahmad Zahid PH lakukan pendakwaan terpilih terhadap saya, lebih 20 pemimpin BN - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661172532_BekasTimbalanPerda.jpg)
PH lakukan pendakwaan terpilih terhadap saya, lebih 20 pemimpin BN - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan di Mahkamah Tinggi bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik terhadapnya.
![Rasuah: Kerajaan janji tidak lindungi sesiapa, tiada pendakwaan terpilih - PM Rasuah: Kerajaan janji tidak lindungi sesiapa, tiada pendakwaan terpilih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646107003_IsmailSabriYaakob.jpg)
Rasuah: Kerajaan janji tidak lindungi sesiapa, tiada pendakwaan terpilih - PM
Memandang serius isu rasuah, beliau turut menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pendakwaan terpilih ketika ini.
!['Kenapa ramai pemimpin UMNO diheret ke mahkamah?' - Ahmad Maslan 'Kenapa ramai pemimpin UMNO diheret ke mahkamah?' - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81451132089_AhmadMaslanTPPA.jpg)
'Kenapa ramai pemimpin UMNO diheret ke mahkamah?' - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata, tindakan yang diambiil SPRM terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermotifkan politik dan satu pendakwaan terpilih.