KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 13 kotak mengandungi 11,700 biji telur penyu bernilai RM109,250 dan menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 37 tahun melalui operasi bersepadu Op Khazanah, Sabtu lepas.
Komander PGA Briged Sarawak SAC Che Ghazali Che Awang dalam satu kenyataan hari ini berkata rampasan terbaharu ini dilakukan di sebuah premis di Lawas, 1,045km ke utara dari sini, kira-kira pukul 10 pagi.
Menurutnya kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda ditahan sepasukan anggota dari Kompeni C Batalion 12 PGA Sarawak di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Merapok di Lawas sebelum telur-telur penyu dijumpai dalam kenderaan berkenaan.
"Kesemua telur penyu tersebut dipercayai untuk dipasarkan ke negara jiran," katanya sambil menambah kenderaan yang digunakan dianggarkan bernilai RM80,000, turut dirampas.
Beliau berkata kedua-dua suspek dan barang rampasan itu telah diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Lawas untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 29(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998.
Dalam kejayaan lain, Che Ghazali berkata PGA Sarawak menemukan selaras senapang angin bernilai RM800 di sebuah kawasan semak di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia berdekatan Telok Melano, kira-kira 137km ke barat dari sini semasa rondaan di bawah Op Batas semalam.
Walau bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan selepas pasukan rondaan sempadan dari Batalion 11 PGA yang menjumpai senjata itu mendapati tiada sesiapa yang datang untuk mengambilnya selepas mereka menunggu kira-kira sejam.
Beliau berkata menerusi Op Batas dari 30 Mei hingga semalam, PGA Sarawak merekodkan tiga kes pengusiran pendatang asing di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia melibatkan 21 individu terdiri dari 17 lelaki dan empat perempuan berumur antara 10 dan 63 tahun.
Menurutnya, PGA Sarawak mencatatkan jumlah rampasan bernilai RM1.4 juta dan sembilan tangkapan sepanjang Op Bersepadu Khazanah berlangsung dari awal tahun ini sehingga semalam.
"Op Batas telah mencatatkan kejayaan rampasan bernilai RM1.1 juta dengan merekodkan 104 kes melibatkan jumlah tangkapan seramai 370 orang terdiri dari 24 warganegara tempatan dan 346 pendatang asing, termasuk 301 pendatang asing yang diusir balik ke negara asal," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022

Barang rampasan itu diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Lawas untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 29(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998. - Gambar hiasan/ Bernama
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghalang sebarang cubaan pencerobohan oleh pihak terlibat yang ingin bersembunyi di negara ini.

Letupan bom Sungai Golok: PGA tingkat rondaan di pangkalan haram, lokasi titik panas - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, arahan telah dikeluarkan kepada setiap operatif PGA untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

Wanita warga emas ditahan jadi 'transporter' seludup baju sukan bernilai RM61,000
Hasil pemeriksaan telah menemui lebih 405 helai baju sukan pelbagai jenama bernilai RM61,000 dipercayai tiruan.

PGA tumpas cubaan seludup 20 biri-biri di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan cubaan menyeludup 20 biri-biri seberat lebih 600 kilogram di Kampung Seri Merbau, Pasir Mas pada Sabtu lepas.

PGA Sarawak tumpas aktiviti pembalakan haram libat rampasan RM3.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan aktiviti pembalakan haram melibatkan rampasan bernilai lebih RM3.2 juta menerusi Op Taring Libas, semalam.

Pusat proses 'e-waste' haram diserbu, saintis China ditahan, nilai rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta membongkar kegiatan memproses sisa terjadual secara haram dengan nilai rampasan lebih RM1.3 bilion dalam serbuan ke atas sebuah kilang di Sungai Siput.

PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Sindiket kumpul minyak sawit mentah tumpas di Johor
Pasukan Batalion 5, PGA, Simpang Renggam berjaya melumpuhkan sindiket yang menjalankan aktiviti pengumpulan minyak sawit mentah di Pasir Gudang.

PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
PGA Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek.

Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.