PASIR MAS: Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sarang burung layang-layang serta peralatan dan cecair vape, dianggarkan berjumlah keseluruhan RM410,000, dalam dua serbuan di Kampung Limau Purut dekat Lubok Setol, di sini semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Supt Nor Azizan Yusof berkata dalam kejadian pertama di pangkalan haram Limau Purut, sepasukan anggota merampas sebanyak 23.5 kilogram sarang burung layang-layang bernilai RM188,000.
Beliau berkata dalam kejadian tersebut, anggotanya sedang membuat rondaan apabila terserempak tiga orang lelaki sedang memunggah kotak menggunakan tiga buah motosikal.
"Sebaik menyedari kehadiran anggota PGA, tiga lelaki itu kemudian telah memecut motosikal dan membuang kesemua kotak terbabit di sebuah kedai bunga, sebelum melarikan diri.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kotak-kotak itu berisi sarang burung layang-layang disyaki diseludup masuk dari Thailand, kerana ada permintaan tinggi di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, kesemua rampasan itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan ke sebuah rumah kosong di kampung yang sama, sebanyak 1,350 botol cecair vape pelbagai perisa dan 1,450 unit peralatan menghisap vape bernilai RM222,000 turut dirampas.
Nor Azizan berkata kesemua barangan itu sengaja disembunyikan di sebuah rumah tidak bernombor dan tidak berpenghuni tersebut, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Kita percaya rumah itu dijadikan transit sementara sebelum barangan itu diseludup ke negara jiran, melalui pangkalan haram berdekatan.
Kesemua barangan rampasan itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 13(a) Akta Racun 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 31 2021

PGA rampas sarang burung layang-layang serta peralatan dan cecair vape dianggar bernilai RM410,000 dalam dua serbuan di Kampung Limau Purut dekat Lubok Setol semalam. -Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PGA Sarawak tumpas aktiviti pembalakan haram libat rampasan RM3.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menumpaskan aktiviti pembalakan haram melibatkan rampasan bernilai lebih RM3.2 juta menerusi Op Taring Libas, semalam.

Pusat proses 'e-waste' haram diserbu, saintis China ditahan, nilai rampasan RM1.3 bilion
PGA Ulu Kinta membongkar kegiatan memproses sisa terjadual secara haram dengan nilai rampasan lebih RM1.3 bilion dalam serbuan ke atas sebuah kilang di Sungai Siput.

PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

Sindiket kumpul minyak sawit mentah tumpas di Johor
Pasukan Batalion 5, PGA, Simpang Renggam berjaya melumpuhkan sindiket yang menjalankan aktiviti pengumpulan minyak sawit mentah di Pasir Gudang.

PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
PGA Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek.

Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.

Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.

PGA Sarawak rampas rokok, arak tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta dalam Op Taring Alpha yang dijalankan di bandar raya ini pada Jumaat lepas.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.

Cuba seludup 82,000kg kelapa semasa banjir
PGA turut menahan dua lelaki berusia 38 dan 40 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan terbabit.