KUALA LUMPUR:Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bergabung dengan United Nations Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMY B) pada Sidang Kemuncak Maya Kemampanan Korporat 2020 - Go ESG ASEAN baru-baru ini untuk menempatkan kelestarian sebagai teras dalam usaha pemulihan perniagan di ASEAN.
Ia adalah susulan daripada deklarasi Sifar Bersih Pelepasan Karbon (NZCE) menjelang 2050 pada Oktober lepas.
Dalam satu kenyataan semalam, Petronas berkata sidang kemuncak yang bertemakan "The Business of Recovering Better - A Resilient Sustainable ASEAN by Design" yang diadakan pada 2 November hingga 30 November telah mendapat penyertaaan dari dalam dan luar negara.
Naib Presiden untuk Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran Kumpulan Petronas, Dzafri Sham Ahmad pada sidang kemuncak itu berkata strategi Petronas adalah untuk terus meminimumkan kesan jejak karbonnya dalam operasi sedia ada dan menggunakan lebih banyak teknologi penyelesaian karbon rendah.
"Petronas percaya ada peluang dalam mengembangkan portfolio karbon rendah dan meningkatkannya dalam penggunaan sumber kami untuk mengoptimumkan kos. Kami sudah melihat hasil positif melalui usaha yang kami lakukan dua dekad lepas untuk mengurangi pelepasan. Dalam tempoh yang sama, strategi teknologi kami juga meningkatkan kecekapan," katanya.
Untuk mencapai aspirasi 2050 itu, Dzafri berkata usaha dan kerjasama bersepadu diperlukan antara pembuat dasar, industri, pengguna dan pihak berkepentingan yang lain.
"Kerjasama akan menjadi pendorong utama bagi Petronas untuk mengembangkan perniagaannya dan menyokong agenda hijau dan bersih bersama dengan rakan kongsi kami," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif UNGCY B, Faroze Nadar berkata peralihan fokus dalam mengubah semula model perniagaan adalah peluang untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran ekonomi mesra alam sekitar dalam menciptakan dunia yang kita mahukan iaitu pelepasan karbon sifar bersih.
Sehubungan itu, beliau berkata ia bukan kembali kepada kebiasaan lama tetapi mengatur semula sistem global yang lestari dan bersepadu pada era pasca-pandemik COVID-19.
"Sidang kemuncak itu diadakan tepat pada masanya kerana ia menyediakan platform bagi PKS dan syarikat-syarikat dalam ASEAN untuk berkumpul dan memain peranan dalam isu iklim tersebut," katanya.
Sidang kemuncak itu menampilkan penceramah global dan serantau termasuk ketua-ketua kerajaam dengan topik yang disusun mengenai trend kelestarian global, Prinsip UNGC 10 dan bidang keutamaan ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Dzafri berkata usaha dan kerjasama bersepadu diperlukan antara pembuat dasar, industri, pengguna dan pihak berkepentingan yang lain.- Facebook Petronas
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.